nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaum India sokong Kerajaan kerana percaya janji Anwar

1 SEPT : Masyarakat India khususnya ahli dan penyokong MIC bersetuju mengadakan kerjasama politik menerusi Kerajaan Perpaduan kerana percaya dengan janji diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden MIC, Datuk M.Asojan Muniandy berkata ianya selepas Anwar memberi tempoh masa selama setahun bagi melihat permasalahan serta isu yang membelenggu kaum itu di negara ini.

“Memang ada rasa tidak puas hati dalam beberapa perkara termasuk isu baru-baru ini, ia memang menjadi keraguan dan kemusykilan dalam kalangan jentera parti namun Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah beri penerangan agar kita terus menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Ini kerana janji yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri (kepada masyarakat India), beliau pastikan permasalahan dan perkara berbangkit berkaitan masyarakat India akan diambil kira, dia beri kita tempoh setahun jadi kita percaya janji beliau,” katanya selepas majlis pertemuan dengan komuniti India di pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN), semalam.

Dalam pada itu, Asojan yang juga  Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Johor berkata, MIC tidak pernah menganggap pengundi India sebagai king maker dalam menentukan kemenangan mana-mana gabungan politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Sebaliknya, peratusan keluar mengundi bagi semua kaum memberi kesan terhadap keputusan PRK nanti.

“Terdapat faktor lain yang menjadi penentu keputusan pilihan raya terutama jumlah peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari tersebut.

“Kita tidak boleh cakap macam itu (kaun India sebagai king maker) secara terbuka sebab penentu keputusan pilihan raya  merujuk kepada peratusan keluar mengundi.

“Tambahan pula, pengundi (India) pada PRK di Pulai tidak sama pengundi di Kuala Lumpur atau Kedah (mereka tinggal dan pada masa sama juga kerja di KL dan Kedah) tetapi di Pulau ada yang bekerja di Singapura,” katanya

Untuk Parlimen Pulai, jumlah pengundi India signifikan iaitu 12 peratus melibatkan 20,000 undi.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Senator Datuk R. Nelson pula memberitahu masyarakat India perlu terus menyokong kerajaan perpaduan dengan mengundi calon PH dalam PRK ini.

“Kita undi bantu mereka menang, kemudian kita desak dia tunaikan janji-janji sebelum ini, apa yang kaum kita nak,” katanya.

Pada 2 Ogos lepas, Anwar dilapor akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.