nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid dilepas tanpa bebas, itu keputusan mahkamah : Saifuddin

4 SEPT : “Itu keputusan mahkamah,” demikian reaksi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa bebas (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berdepan 47 pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Menurut Saifuddin Nasution, beliau tidak mahu membuat andaian kesan keputusan tersebut terhadap pilihan raya kecil yang akan berlangsung hujung minggu ini.

“Keputusan dibuat mahkamah, due process. Seperti beberapa minggu lepas, mahkamah juga bebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi, kalau hari ini mahkamah buat keputusan yang sama, maka itulah keputusan mahkamah.

“Saya tak mau buat andaian lebih daripada itu, jauh daripada nak menjangkakan kesan keputusan mahkamah kepada keputusan pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) KLIA di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melahirkan rasa syukur berkait keputusan mahkamah itu yang jelas katanya menunjukan Presidennya itu menggunakan proses perundangan sepenuhnya.

Beliau berharap keputusan tersebut tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak kerana telah menggunakan segala saluran yang ada di negara ini.

“Kita penuh yakin dengan sistem yang ada dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan berharap seluruh ahli parti teguh di belakang presiden dalam usaha memperkasakan lagi parti menempuh segala cabaran yang ada di depan,” katanya.

Awal hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Keputusan ini bermakna pendakwaan boleh meneruskan kes ini atau mengemukakan kes terhadap Zahid pada bila-bila masa nanti berdasarkan fakta dan keterangan yang serupa dalam kes ini.

Hakim Collin dalam keputusannya berkata beberapa alasan diberikan pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Katanya, oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi yang membabitkan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.

Katanya lagi, walaupun penubuhan RCI tidak menyatakan garis masa dan bagaimana ia akan dilakukan, ia tidak menunjukkan bahawa kes terbabit sudah mencapai penamatnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.