nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

HSSI dilantik sebagai perunding utama pelan induk Lapangan Terbang Subang

4 SEPT : HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) dilantik sebagai perunding utama bagi pelan induk perancangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang oleh Malaysia Airports Sdn Bhd (Malaysia Airports).

Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB) itu dilaporkan sudah menerima surat anugerah daripada Malaysia Airports sebagai perunding utama (Jurutera Awam & Struktur) bagi penyediaan, penyerahan dan kelulusan bagi Pindaan Pelan Susun Atur Induk (Pelan Induk Perancangan).

Pada masa sama, HSSI juga dianugerahkan kontrak bagi kerja infrastruktur dan bersekutu seterusnya untuk Fasa 2 dan Fasa 3.

HEB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata nilai kontrak yang diperolehi kumpulan dianggarkan RM68.52 juta atau 7.10 peratus daripada jumlah kos kerja projek itu sebanyak RM965 juta.

“Tempoh kontrak akan berjalan selama lima tahun bermula daripada 29 Ogos 2023.

“Berdasarkan pengaturan gabungan eksklusif antara HSSI dan HSS Engineering Sdn Bhd (HSSE), anak syarikat milik penuh HEB, HSSI dan HSSE akan bekerjasama secara eksklusif untuk melaksanakan dan menyelesaikan kontrak,” katanya.

Katanya, projek itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan/atau struktur pegangan saham HEB namun faktor risiko yang mempengaruhi kontrak masih wujud tetapi tidak terhad kepada risiko pelaksanaan seperti pergantungan kepada jadual pelaksanaan dan kemajuan projek memandangkan peranan HSSI seperti yang diterangkan di atas.

“Walau bagaimanapun, HEB sudah membina rekod prestasi dan kepakarannya dalam melaksanakan projek berkenaan.

“Oleh itu, Lembaga Pengarah percaya bahawa HEB mampu mengurangkan faktor risiko,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.