nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid lepas kes rasuah mungkin punca kelemahan pendakwa raya

4 SEPT: Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi mungkin berpunca daripada kelemahan pendakwa raya  yang kurang matang dalam mengemukakan bukti.

Penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata tindakan pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah supaya Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan tersebut menunjukkan pihak itu kurang bersedia dengan bukti yang kukuh.

“Sepanjang tempoh proses penghakiman berlangsung, nampak begitu jelas bahawa pendakwa raya dikatakan kurang bersedia mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dihadapi Zahid.

“Malah lebih memberi kesan adalah saksi pendakwa raya memberi keterangan yang bukan melawan Orang Kena Tuduh (OKT), malah memberi manfaat kepada OKT untuk menang dalam kes itu,” katanya kepada BBC Portal.

Hari ini, Mahkamah Tinggi memutuskan DNAA terhadap Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Sebelum ini, Zahid menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Dalam pada itu, Azmi juga turut berpendapat keputusan pihak mahkamah mungkin boleh dikaitkan dengan politik juga.

Mengulas mengenai pendapat tersebut, Azmi berkata pertuduhan rasuah yang dihadapi Zahid pada tahun 2018 berlaku semasa Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan Malaysia itu antara bukti yang mungkin boleh mengukuhkan pertuduhan yang dihadapi oleh Zahid mempunyai unsur politik.

Malah katanya, pembebasan Zahid daripada 47 pertuduhan hari ini juga berlaku dalam masa pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang mana turut melibatkan PH dalam barisan kepimpinan.

“Jika hendak mengaitkan perlepasan tersebut bermotifkan politik maka tidak keterlaluan juga kita beranggapan pertuduhan yang dilakukan pada tahun 2018 itu turut mempunyai unsur politik.

“Kita kena terima salah satu daripadanya, sama ada pelepasan tersebut mermotifkan politik atau kita tolak pula pertuduhan itu ada motif politik kerana kedua-duanya adalah lebih kurang sama sahaja iaitu kerajaan pada ketika itu yang dikuasai oleh PH dan kini yang berkuasa juga banyak daripda PH.

“Jadi persoalannya adalah, mana satu kita hendak terima?,” katanya.

Dalam pada itu, brliau tidak menolak kemungkinan pihak pembangkang menjadikan pembebasan Zahid sebagai bahan kempen terutamanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dI Pulai dan Simpang Jeram yang bakal berlangsung pada 9 September ini.

Jelas beliau, Perikatan Nasional (PN) pasti mengambil peluang menggunakan isu tersebut sebagai modal untuk ‘melawan’ Zahid dengan mempertikaikan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah, hari ini.

“Saya pasti Perikatan Nasional akan menggunakan isu ini sebagai bahan kempen mereka. Mereka akan ‘melanggar’ isu ini dengan mudah. 

“Mereka akan melihat  keputusan (pembebasan pertuduhan rasuah) ini  mempunyai unsur politik serta mempersoalkan tindakan mahkamah melepaskan Zahid dengan begitu mudah,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.