nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis Myanmar : ASEAN perlu lantang suara pendirian

6 SEPT : Negara anggota ASEAN perlu lantang dalam menyuarakan pendirian berhubung krisis di Myanmar, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, masalah di negara itu perlu diselesaikan segera memandangkan Malaysia turut terkesan di mana kini terdapat kira-kira 200,000 pelarian Rohingya di negara ini.

“Negara anggota ASEAN perlu lebih tegas dan berani dalam menyuarakan kedudukannya. Sebagai contoh, Malaysia perlu melindungi lebih 200,000 pelarian dari Myanmar dengan sebahagian besarnya adalah Rohingya.

“Semestinya rakyat Malaysia secara menyeluruh dan umat Islam khususnya, berasa marah terhadap kekejaman ke atas kumpulan minoriti di Myanmar.

“Justeru, kita perlu mempunyai pendirian jelas dan tegas dalam menyokong pendirian ASEAN dalam mendesak Myanmar menangani perkara ini,” katanya melalui wawancara bersama The Jakarta Post sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang Berkaitan di Jakarta, hari ini.

Sehubungan itu kata Anwar, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini Indonesia berperanan penting dalam menyelesaikan krisis itu selain mengekalkan libat urus bersama pemegang taruh di negara berkenaan.

Namun, katanya, sikap acuh tidak acuh junta yang tidak menghiraukan Konsensus Lima Perkara ASEAN mengenai isu Myanmar akan menjadi batu penghalang negara itu mencapai kestabilan.

“Mungkin buat pertama kali dalam sejarah ASEAN, saya kira hampir 100 mesyuarat peringkat pegawai sudah diadakan (mengenai isu Myanmar).

“Inisiatif diambil Indonesia ini disokong anggota ASEAN dalam usaha mencuba untuk berbincang dengan pemegang taruh di Myanmar.

“Malangnya, junta tentera tidak berminat. Malaysia mengambil pendirian tegas (mengenai Myanmar) berdasarkan Konsensus Lima Perkara dan membenarkan perbincangan ini diteruskan.

“Namun demikian, tidak banyak perkembangan berlaku tetapi sekurang-kurangnya ASEAN telah mengambil langkah positif dan proaktif untuk berbincang dengan pihak berkaitan, malah kita akan terus berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Malaysia menyokong cadangan ASEAN termasuk mewujudkan mekanisme troika dalam menangani isu di Myanmar namun katanya, kesepakatan dalam kalangan negara anggota merupakan kaedah paling berkesan.

Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.