nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerangka Ekonomi MADANI tidak ikut acuan IMF

7 SEPT : Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menolak dakwaan kerangka Ekonomi MADANI mengikut acuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai dangkal.

Jelas beliau, petunjuk yang diguna pakai dalam Kerangka Ekonomi Madani  sejajar dengan standard antarabangsa yang menjadi rujukan setiap negara di dunia.

Mengulas lanjut, petunjuk seperti kadar pertumbuhan ekonomi, kadar keberhutangan kerajaan, kadar kemiskinan dan sosio ekonomi yang lain menjadi rujukan negara di dunia termasuk institusi seperti IMF dan Bank Dunia untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Adalah menjadi standard petunjuk ekonomi perlu berada dalam lingkungan tertentu untuk memastikan ekonomi negara adalah sihat dan pertumbuhannya mampan.

“Memang standardnya ialah petunjuk-petunjuk perlu berada dalam lingkungan tertentu untuk memastikan ekonomi kita sihat, pertumbuhannya mampan,” katanya menerusi satu satu video yang dimuat naik di Tiktoknya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata Ekonomi MADANI berprinsip untuk memastikan pertumbuhan ekonomi, hasil dan limpahannya dikongsi dengan seberapa ramai rakyat.

Justeru, katanya kerajaan sedang dalam usaha untuk meningkatkan tangga gaji rakyat menerusi Dasar Gaji Progresif supaya kekayaan dinikmati rakyat dengan seimbang dan adil menerusi Kerangka Ekonomi MADANI.

“Jadi ia bukan soal IMF, soal Bank Dunia. Itu memang adalah perkara asas dalam membangunkan ekonomi iaitu mengimbangi antara kekayaan yang dihasilkan melalui aktiviti bernilai tinggi dengan cara mengagihkannya kepada seberapa ramai orang secara adil,” katanya.

Rafizi juga turut menzahirkan keyakinan bahawa Dasar Gaji Progresif yang diusahakan Kerajaan Perpaduan mampu mencapai sasaran serta Malaysia akan menjadi contoh kebanggaan di seluruh dunia.

Katanya, jika Ekonomi MADANI berjaya IMF akan menggunakan contoh pendekatan dalam Ekonomi MADANI untuk diajar ke negara lain memandangkan cabaran yang dihadapi di Malaysia sekarang ini sama dengan kebanyakan negara lain.

“Kalau ikut secara konvensional ekonominya, memang itu adalah teorinya tapi banyak negara gagal. Jadi, pendekatan yang kita ambil ini sedikit kreatif, sedikit berbeza.

“Kalau perkara ini berjaya, saya yakin kita akan jadi buku teks rujukan, kita akan jadi rujukan pada masa akan datang,” katanya.

Rafizi turut menegaskan bahawa prinsip asas dalam Ekonomi MADANI ialah untuk melonjakkan kandungan nilai ekonomi negara bagi menjana hasil yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Jelasnya, Malaysia perlu menjalankan aktiviti dan industri yang bernilai tinggi seperti bukan sekadar memasang tetapi mereka bentuk cip untuk melonjakkan nilai.

“Sama juga dengan peralihan tenaga, Malaysia tidak boleh lagi memakai arang batu, sebaliknya beralih kepada penggunaan solar dan membangunkan hidrogen.

“Ini semua bernilai tinggi kerana kita tahu apabila bernilai tinggi, ia akan menghasilkan peluang pekerjaan yang baik dan orang akan dapat gaji yang lebih tinggi, pertumbuhan ekonomi negara juga tinggi.

“Kita kata macam itu, IMF pun akan kata macam itu, Singapura pun akan cakap macam itu, Arab Saudi pun akan cakap macam itu, Iran pun akan cakap macam itu. Sebab itu ia  bukan soal IMF…soal Malaysia, MADANI, itu benda yang logik dan masuk akal,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.