nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AGC tidak pernah menarik balik 47  kes Zahid

8 SEPT: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan pihaknya tidak pernah menggunakan perkataan ‘menarik balik’ terhadap 47 pertuduhan dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara boleh menghentikan pertuduhan di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan mahkamah dan ini termasuk juga di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan.

“Penting juga untuk dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama sesuatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa sebarang budi bicara yang dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya apatah lagi akibat daripada campur tangan oleh mana-mana pihak tetapi, semata-mata setelah Peguam Negara mengambil kira keadilan kepada semua pihak dan demi pentadbiran keadilan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan ini dibuat susulan kenyataan Majlis Peguam semalam yang mendakwa kononnya AGC mencemarkan reputasi dan kredibiliti jabatan itu dengan memohon agar Zahid dilepas tanpa bebas (DNAA).

Justeru, Ahmad Terrirudin menggesa semua pihak menghentikan spekulasi tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Terrirudin berkata, peguam negara dan AGC perlu mengambil masa untuk meneliti setiap butiran dan dokumen disertakan dengan penuh hemah, sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat.

Beliau berkata, pihaknya hanya melaksanakan tugas dan kewajipan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, jabatan ini berharap semua pihak dapat menghentikan sebarang spekulasi apatah lagi menyebarkannya.

“Ini kerana jabatan ini dengan bantuan pelbagai pihak terutamanya pihak penyiasatan masih sedang menyiasat semua bukti baharu yang timbul berkaitan kes ini.

“Sebarang keputusan sama ada untuk mendakwa semula tertuduh, mendakwa pihak lain yang berkaitan atau sebaliknya akan dibuat oleh jabatan ini setelah siasatan yang lebih terperinci dan komprehensif selesai,” katanya.

Ahmad Terrirudin turut memberitahu, berdasarkan representasi-representasi yang dikemukakan, peguam negara perlu mempertimbangkan setiap alasan dan perincian yang diberikan oleh pihak tertuduh.

“Malah, peguam negara dan AGC juga dikehendaki untuk turut bekerjasama dengan pihak penyiasatan berkenaan dengan setiap butiran yang dikemukakan tertuduh melalui representasi-representasi yang diberikan

“Dalam erti kata lain, peguam negara serta jabatan ini tidak boleh secara semberono menolak representasi-representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh, sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang.

“Perlu diingatkan juga bahawa tugasan jabatan ini bukanlah untuk memastikan mana-mana tertuduh disabitkan melalui apa cara sekalipun,” katanya.

Dalam kes membabitkan Zahid katanya, representasi-representasi yang dikemukakan mempunyai terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih daripada 200 muka surat, tidak termasuk dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan.

Pada Isnin, Zahid diberikan DNAA bagi semua 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Zahid, yang sebelum ini diperintahkan membela diri atas semua pertuduhan, didakwa menggelapkan jutaan ringgit daripada yayasannya, Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.