nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Asing kuasa AG, pendakwa raya sedang diperhalusi

8 SEPT: Cadangan pengasingan kuasa peguam negara (AG) dan pendakwa raya sedang diperhalusi sebelum keputusan diambil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi mendapatkan sokongan terhadap pengasingan kuasa itu, satu kertas kerja sudah dibentangkan di Kabinet beberapa bulan lalu.

Menerusi cadangan tersebut, ia akan meningkatkan peranan AG dan pendakwa raya walaupun  perkembangan masih lagi berterusan sebelum satu keputusan dibuat.

“Kami juga merujuknya kepada Select Committee (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) dan ia akan menelan belanja yang banyak tetapi berbaloi kerana  jika ia perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

“Namun, tolong jangan katakan cadangan itu belum diputuskan kerana kerajaan kini membuat keputusan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,500 jemaah termasuk 500 jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, hari ini.

Namun, beliau berkata perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat kerana perlu mempunyai majoriti dua pertiga untuk pembaharuan tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengancam untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, Anwar menegaskan beliau sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berkenaan.

Jelas beliau, sepanjang memimpin Kerajaan Perpaduan selama sembilan bulan beliau tidak pernah mencampuri urusan pihak berkuasa serta badan perundangan dan kehakiman yang menjadi tonggak negara ini.

“Saya nak kata, yang siasat itu kerja SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis. Yang dakwa itu AG. Yang putuskan itu hakim. Mengapa saya kata faham sedikit sebanyak? Sebab kita mewarisi sistem sedemikian.

“Maknanya kalau ugut saya untuk tarik balik balik sokongan terhadap kerajaan, itu bukan bidang saya. Kalau kamu tarik balik pendakwaan kepada Zahid, kami tak sokong kamu. Jadi maknanya saya mesti dakwa dan hukum?,” katanya.

Tambah Anwar, beliau tidak akan menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya sebagai perdana menteri untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa.

“Kita bukan orang politik rakus, zalim menggunakan kuasa untuk mendera orang. Saya lalui proses itu. Sekarang saya perdana menteri. Saya tak sanggup guna kuasa sebegitu rupa. Saya minta penjelasan tetapi oleh kerana orang itu biasa dengan sistem begini puluhan tahun, dia rasa beginilah nanti caranya.

“Siapa jadi perdana menteri dia akan tangkap musuh, dia akan dera. Saya tak nafikan ini perjalanan yang sama. Tapi AG, ketua hakim dan menteri agama dalam jemaah menteri, kita tak pernah pergi ke perkara ini.

“Ketua SPRM, ketua hakim, peguam negara,tanya mereka. Sembilan bulan saya jadi perdana menteri tak pernah campur. Oh tak percaya pula? Itu soal lainlah kerana itu pengalaman kamu. Keadaan berubah dan orang lain yang jaga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor mengeluarkan kenyataan mengancam akan menarik sokongan seterusnya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Ancaman itu dibuat sekiranya Jabatan Peguam Negara tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes rasuah membabitkan Zahid.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.