nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarik pelaburan berkualiti bantu syarikat tempatan, pemula

9 SEPT: Malaysia akan menyokong usaha penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) syarikat tempatan serta pemula dengan membawa masuk lebih banyak pelaburan berkualiti pada masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim berkata ianya selaras seperti yang digariskan dalam Kerangka Ekonomi MADANI malah syarikat yang menerima pelabur berkualiti akan mencapai kejayaan lebih besar seterusnya meraih pengiktirafan antarabangsa.

“Kerajaan akan turut menyokong bakat tempatan  yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN atau lebih jauh.

“Selain membantu dalam bentuk pelaburan, kerajaan juga akan menyokong penggunaan teknologi melalui automasi, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi meningkatkan produktiviti,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Chang Lih Kang berucap pada program Cyberview InnoEx yang berlangsung di Cyberjaya, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak boleh ketinggalan dalam era digital dan teknologi yang semakin pesat.

Jelas beliau, Malaysia perlu mempergiatkan inovasi dan teknologi tempatan supaya dapat berdaya saing dengan negara serantau dan di pentas dunia.

“Malaysia menduduki tangga ke-36 daripada 132 negara dalam Indeks Inovasi Global pada tahun 2022. Aktiviti inovasi perlu dijadikan keutamaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kita perlu mengambil pengajaran daripada negara lain.

“Menurut US Chamber of Commerce Foundation, kira-kira separuh nilai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat  (AS)disebabkan oleh peningkatan inovasi.

“China turut meningkatkan usaha ke arah inovasi. Pada tahun 2020, Information Technology and Innovation Foundation menyatakan bahawa inovasi China meningkat kepada kira-kira 75 peratus daripada keupayaan AS,” katanya.

Menerusi teks ucapan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa satu rencana baharu turut diperkenalkan untuk Cyberjaya membangun selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi.

Katanya, Pelan Induk Cyberjaya yang dilancarkan pada 2019 memberi tumpuan kepada tiga tunggak utama iaitu mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan digital kreatif.

“Dengan tiga tunggak ini, Cyberjaya mampu menjadi lokasi pilihan pelaburan teknologi dengan penyertaan syarikat teknologi tempatan dan juga antarabangsa.

“Antara syarikat multinasional tempatan yang sudah bertapak di Cyberjaya termasuklah Aerodyne Technologies iaitu syarikat penyelesaian dron nombor satu dunia, dengan mereka memberi penyelesaian automasi di bidang pertanian dan penyeliaan, “katanya.

Tambah Anwar, syarikat Hematogenix dari AS juga memilih Cyberjaya untuk menubuhkan Pusat Makmal Onkologi mereka bagi seluruh Asia Pasifik.

“Tidak dilupa, untuk industri kreatif digital, Cyberjaya tetap menjadi tumpuan penggiat seni animasi dan digital kreatif tempatan. Monsta Studios misalnya mengembangkan francais Mechamato yang berjaya memenangi Anugerah Peminat Anime di Festival Anugerah Anime Tokyo 2023 serta yang terbaru ialah bandar ini dipilih bagi ibu pejabat serantau untuk Tesla,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.