nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendapatan isi rumah naik 2.4 peratus

10 SEPT: Purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia meningkat sebanyak 2.4 peratus dalam tempoh masa empat tahun.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan, Fareza Mohamed Sani berkata, peratusan itu menunjukkan jumlah sebanyak RM8,479 bagi tahun lalu, berbanding 2019, iaitu sekitar RM7,901 sahaja.

Katanya lagi, data berkenaan diperoleh melalui Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 yang dijalankan pihaknya sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun yang bertujuan, untuk mendapatkan maklumat berkaitan tingkat pendapatan, corak perbelanjaan, status kemiskinan dan jurang pendapatan sebagai penyediaan Rancangan Malaysia.

“Terdapat empat punca pendapatan isi rumah iaitu pendapatan bergaji, bekerja sendiri, harta serta pelaburan dan pindahan semasa diterima.

“Situasi pengeluaran khas wang simpanan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan purata perbelanjaan isi rumah sebanyak RM5,150 sebulan pada 2022 berbanding hanya RM4,609 sebulan pada tahun 2019.

“Berdasarkan peruntukan perbelanjaan yang dibuat oleh isi rumah, komposisi corak perbelanjaan masih tertumpu kepada empat kumpulan perbelanjaan utama iaitu kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, makanan dan minuman bukan alkohol, restoran dan hotel serta pengangkutan.

“Selain itu, hasil HIES 2022 juga menunjukkan bahawa negara berada pada landasan betul ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi hasil daripada keberkesanan program dan inisiatif pembangunan sosioekonomi yang berterusan oleh kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau ditemui di reruai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Karnival Jom Heboh (KJH) BABA’S di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di Kota Bharu, semalam.

Fareza berkata, jurang pendapatan rakyat juga semakin mengecil dengan mata indeks 0.407 pada 2019 kepada 0.404 pada 2022 dan situasi berkenaan berlaku kawasan bandar serta luar bandar.

“Pada masa sama, pihak kami juga mengesan insiden kemiskinan di bandar yang mana meningkat kepada 4.5 peratus dalam tempoh empat tahun (3.9 peratus).

“Walau bagaimanapun, situasi berbeza di luar bandar di mana insiden kemiskinan mencatat penurunan kepada 12.0 peratus berbanding 12.4 peratus (2019).

“Semua negeri mencatat peratusan kemiskinan tegar yang rendah iaitu antara 0 hingga 0.5 peratus kecuali bagi Sabah serta Kelantan yang masing-masing mencatat bacaan 1.2 peratus dan 0.8 peratus.

“Bilangan isi rumah miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1,198 telah menurun kepada 0.2 peratus (18,445 isi rumah) berbanding 0.4 peratus pada tahun 2019.

“Melalui HIES 2022 yang dijalankan pihak DOSM ini, dapat memberi gambaran jelas kepada kerajaan khususnya mengenai sosioekonomi isi rumah rakyat seluruh negara selain data yang terhasil boleh digunakan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.