nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Asing kuasa AG, pendakwa raya: 2 pasukan khas ditubuh

12 SEPT : Kerajaan bakal menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepatkan reformasi pengasingan kuasa peguam negara (AG) dan pendakwa raya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal itu dipersetujui hari ini ketika mesyuarat penelitian agenda reformasi pengasingan peranan itu.

“Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif untuk menjalankan kajian berdasarkan keterangan ke beberapa negara seperto England, Australia, Kanada dan Kenya bagi mendapatkan maklumat lanjut yang tidak dapat diakses melalui data terbuka kajian amalan terbaik global.

“Pasukan Petugas Khas Teknikal pula akan meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif bakal disertai Azalina serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi; wakil blok pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU).

Sementara Pasukan Petugas Khas Teknikal  akan dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU yang akan menyediakan laporan interim dalam tempoh setahun mengenai Kajian Empirikal Komprehensif Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara termasuk mengambil kira hasil kajian berdasarkan keterangan dan pembentangan hasil kajian empirikal untuk pertimbangan jemaah menteri.

Katanya, sesi libat urus dan perbincangan bersama pemegang taruh lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya lagi, pengasingan peranan itu akan melibatkan pindaan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan dan membawa implikasi kewangan juga perjawatan yang besar kepada kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Pengerang itu, agenda reformasi tersebut penting dalam memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi memastikan pentadbiran, sistem perundangan dan tata kelola yang baik.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Selayang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong Jee, Ahli Parlimen Jelutong merangkap Ahli JKPK, RSN Rayer.

Wakil blok pembangkang dihadiri oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Turut terlibat wakil AGC, BHEUU, Suruhanjaya Pekrhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Awam.

*Foto : Facebook Azalina Othman Said

Get real time updates directly on you device, subscribe now.