nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Fatwa’ ahli politik hanya memecahbelahkan rakyat

12 SEPT : Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh jawatankuasa fatwa negeri atau mufti setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu fatwa itu, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda bertitah demikian bagi mengulas isu berkaitan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang dilihat sebagai satu trend yang amat membahayakan.

Titah baginda lagi, sekiranya fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik, ia pasti akan mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa.

“Sesuatu fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang mufti sahaja bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli samada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI dan/atau jawatankuasa fatwa negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap jawatankuasa fatwa negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah negeri untuk difatwakan.

“Oleh itu suka beta mengingatkan dan menggesa kepada rakyat sekelian terutama pemimpin-pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggung-jawab ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

“Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab ini,” titah baginda menerusi satu kenyataan, hari ini.

Baginda bertitah, peringatan tersebut tidak menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik malah baginda memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.

Pada masa sama, Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam turut menyeru ahli-ahli politik agar tidak memperalatkan agama bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri.

“Beta juga menyeru kepada pihak polis agar mengambil tindakan yang pro aktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan,” titah baginda.

Baginda turut menekankan Raja-Raja Melayu bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia malah Majlis Raja-Raja juga mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin.

“Rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini. Ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia. Manakala Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.

“Sebagai mengakhiri kenyataan beta ini, beta merayu kepada semua pemimpin politik khususnya pemimpin politik yang senior dan veteran supaya mengelak dari memecahbelahkan rakyat di negara ini sebaliknya mengambil pendekatan bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan yang erat di kalangan semua kaum yang berlainan agama demi menjamin kesejahteraan negara.

“Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya,” titah baginda. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.