nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ADUN Sarawak, Talib Zulpilip meninggal dunia

15 SEPT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Dr Talib Zulpilip meninggal dunia jam 5.50 petang tadi.

 Allahyarham yang genap berusia 72 tahun pada 13 September lalu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching setelah tekanan darahnya susut mendadak.

Difahamkan, bekas Menteri Ombudsman dan Integriti Sarawak itu dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) pusat tersebut pada Khamis akibat komplikasi buah pinggang dan beberapa sakit lain.

Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah dan empat anak, termasuk dua anak tiri.

Talib juga menyandang jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Jepak selama lima penggal dan memenangi PRN ke-12 atas Gabungan Parti Sarawak dan memperoleh majoriti 6,277 undi.

Berita itu turut dikongsi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Facebook.

“Setibanya di Kuching, Sarawak petang ini, saya menerima perkhabaran duka bahawa Datuk Talib Zulpilip, ADUN N67 Jepak dan mantan Menteri Integriti & Ombudsman Sarawak telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengurniakan maghfirah serta menempatkan arwah dalam kalangan insan soleh dan beroleh jannah,” tulisnya.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Unit Perancangan Negeri pada tahun 1976 sebelum dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SDEC) sejak tahun 1995.

Beliau kemudian mula berkhidmat sebagai ADUN pada tahun berikutnya 1996.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, malam ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.