nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Himpunan: Menteri bimbang masjid dilibat kancah kepartian

15 SEPT : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan pihak-pihak tertentu yang menjadikan masjid dan surau sebagai platform awal untuk berhimpun.

Katanya, semua pihak termasuk parti-parti politik diminta akur serta menghormati titah raja-raja Melayu.

Menurut beliau, tindakan itu tentunya boleh mengganggu-gugat fungsi masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam.

“Selain itu, apabila institusi masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi masjid dan surau sebagai zon bebas daripada politik kepartian,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kenyataan ini dipercayai merujuk kepada rancangan penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia esok yang mahu menjadikan Masjid Jamek Kampung Baru di sini sebagai lokasi awal untuk peserta-peserta berkumpul.

Dalam kenyataan sama, Mohd Na’im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab serta tidak menjadikan institusi masjid dan surau sebagai gelanggang pertelagahan politik.

Tambahnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan untuk memantau masjid dan surau di wilayah itu serta mengambil tindakan berpandukan lunas undang-undang sekiranya ada mana-mana pihak melanggar peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Perdana Menteri berharap agar semua pihak menghormati agensi berautoriti demi menjaga kemuliaan institusi masjid dan surau serta menjamin kesejahteraan negara.

“Semua pihak diseru agar tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang boleh mengundang perpecahan dan menimbulkan kegelisahan awam,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.