nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengambilan tanah ECRL hanya 7% lagi belum selesai

18 SEPT : Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer hanya tinggal 7 peratus yang masih belum selesai melibatkan kawasan di Selangor

Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC), Zhang Wenfeng berkata syarikatnya masih menunggu proses pengambilan tanah di Seksyen C projek tersebut.

“Tujuh peratus (belum siap) bukanlah jumlah yang besar, namun jika berlaku kelewatan (pengambilan tanah), ia mungkin boleh menjejaskan tempoh penyiapannya, tetapi jika tiada masalah, kami amat yakin pembinaannya dapat berjalan lancar, dan projek boleh disiapkan tepat pada waktu yang disasarkan.

“Sekarang ini kita dapati pengambilan tanah di Selangor sedikit tertangguh. Jadi saya harap kerajaan (Malaysia) mendapat sokongan ramai untuk menyiapkan projek ini dan dapat menyelesaikan isu pengambilan tanah lebih awal kerana ia boleh menjejaskan penyiapan keseluruhan projek,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam temu bual khas baru-baru ini, lapor Bernama.

CHEC, anak syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC), ialah syarikat kontraktor pembinaan yang mengetuai projek ECRL.

Zhang berkata pembinaan keseluruhan projek tersebut sudah mencapai kemajuan 50.29 peratus sehingga pertengahan Ogos lepas dan prosesnya dilihat berada di landasan yang betul untuk disiapkan menjelang akhir 2027.

“Projek dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada bahagian A, B dan C. Kami telah menyiapkan kebanyakan kerja-kerja awam di bahagian A dan B, secara kasar projek ini sudah separuh siap,” katanya.

Beliau berkata projek itu dijangka menyediakan sehingga 18,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh pembinaannya.

Katanya, selain itu pelaksanaan projek berkenaan juga akan menyaksikan lebih 5,000 juruteknik dilatih dalam aspek pembinaan dan operasi kereta api.

Zhang berkata mereka juga melaksanakan perlindungan alam sekitar termasuk mengubah reka bentuk penjajaran di samping menggunakan peralatan TBM (Mesin Pengorek Terowong) tercanggih untuk menggantikan kaedah pengorekan tradisional seperti letupan dan penggalian untuk pembinaan terowong, bagi meminimumkan kesan projek terhadap alam sekitar.

Tambahnya, projek itu boleh merangsang pembangunan ekonomi dan amat penting bagi meningkatkan jalinan ketersambungan antara negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Negeri-negeri di pantai barat.

Menurutnya, projek yang merupakan bahagian penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China (BRI) di Malaysia itu juga akan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

ECRL ialah projek infrastruktur kereta api yang dibangunkan untuk meningkatkan ketersambungan antara negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, dan Pahang) dan negeri-negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) yang pada masa ini hanya sebahagian daripadanya dihubungkan oleh perkhidmatan kereta api.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.