nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Gelombang hijau’ akan berakhir di Pelangai

20 SEPT : Jentera Barisan Nasional (BN) Pahang mampu menyekat kemaraan ‘gelombang hijau’ pada pilihan raya kecil (PRK) Pelangai yang bakal berlangsung 7 Oktober ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, semangat UMNO mampu dipulihkan dengan memenangi PRK Pelangai selepas terkesan teruk dalam pilihan raya di enam negeri Ogos lalu.

“Pilihan raya kali ini penting kerana kita baru habis pilihan raya negeri. Kita semua tahu keputusannya macam mana.

“Kali ini selepas beberapa kerusi kita di DUN negeri Kelantan, Kedah, Terengganu hilang kepada Perikatan Nasional dan saya berharap di Pelangai ini, kita akan noktahkan pergerakan mereka untuk mara ke negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera BN bagi PRK Pelangai di Simpang Pelangai yang dilancarkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Berkenaan calon BN yang akan dipilih malam ini bagi PRK Pelangai, Wan Rosdy meminta ahli UMNO Bentong menerima keputusan itu secara terbuka.

“Ahli Umno Bentong 95 peratus sudah baiah untuk sokong siapa saja calon untuk Pelangai, tapi ada seorang dualah yang tak puas hati, perkara seperti ini kita tak boleh elak.

“Cuma saya tak mahu dengar ada yang nak tutup bilik gerakan, tak nak bantu jentera dan sebagainya.

“Kita ini orang parti, siapa saja jadi calon kita akan tolong supaya menang,” katanya.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi) pada PRU15.

*Foto : Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Get real time updates directly on you device, subscribe now.