nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inovasi dalam kewangan Islam luas : Gabenor BNM

20 SEPT : Ruang inovasi dalam kewangan Islam amat luas namun ia tidak dioptimumkan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Menurutnya sektor kewangan Islam perlu membuka inovasi yang memberi kesan besar untuk transformasi ekonomi dan kemampanan serta menggandakan kewangan berasaskan nilai bagi melahirkan impak yang lebih ketara.

“Ruang untuk inovasi dalam kewangan Islam adalah luas, namun, sehingga hari ini, potensi penuh kewangan Islam masih belum dioptimumkan sepenuhnya sebagai alat untuk perubahan yang bermakna bagi memenuhi keperluan kewangan dunia.

“Kita mempunyai pelbagai kontrak dan instrumen syariah yang boleh disesuaikan dengan penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan pelbagai segmen masyarakat yang berbeza,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2023, semalam, lapor Bernama.

Dalam kewangan Islam, beliau berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengadunkan kewangan mengguna bentuk modal yang berbeza seperti bersifat dermawan dan risiko sekali gus mengembangkan peranan pengantaraannya melangkaui peruntukan kredit dan pemindahan risiko.

“Melihat kepada keperluan ekonomi dan kewangan pada hari ini dan masa hadapan, pembiayaan, pelaburan dan keperluan perlindungan risiko bagi perniagaan dan masyarakat hari ini adalah lebih pelbagai dan kompleks.

“Terdapat peluang yang signifikan untuk kewangan Islam menunjukkan peranan dan impak pemangkinnya dengan menggunakan sepenuhnya peralatan yang tersedia bagi inovasi kewangan dalam menangani keperluan negara yang semakin berkembang merangkumi instrumen seperti sukuk, pembiayaan bersindiket dan kewangan secara teradun pada skala yang lebih besar,” tambahnya.

Abdul Rasheed berkata kewangan sosial juga satu lagi bidang utama inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan kumpulan yang terdedah daripada kemiskinan dan perangkap pendapatan rendah.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak industri mesti kekal teguh dan berusaha ke hadapan untuk melaksanakan perubahan yang positif dan berkekalan.

Katanya, perubahan signifikan dalam komitmen pihak atasan untuk lebih terbuka, telus dan beretika amat penting bagi mewujudkan kesan domino terhadap tindakan positif yang meresap ke seluruh sektor, daripada niat dalam nilai korporat kepada strategi dan operasi perniagaan, tingkah laku perniagaan, pengukuran prestasi dan pelaporan impak.

“Perubahan holistik ini mesti dipacu dari dalam bilik lembaga pengarah dengan kesannya menyeluruh ke barisan hadapan supaya kesan positif dirasai oleh pelanggan dan pemegang kepentingan,” katanya lagi.

Gabenor bank pusat itu juga melahirkan harapan Pelan Hala Tuju Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) yang dikeluarkan tahun lalu akan berguna dalam membimbing pengendali takaful melaksanakan perubahan kepada perniagaan dan strategi operasi, memperkenalkan lebih banyak penyelesaian berasaskan nilai dan mengukuhkan kapasiti bagi memberikan impak positif kepada manusia, planet dan alam sekitar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.