nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sekat 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan

22 SEPT : Hampir 2 bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata dari 2020 hingga April lalu kementerian menerima 8,499 aduan awam berkaitan aktiviti penipuan dan pada tempoh sama berjaya menyekat 3,370 laman phishing.

“Malaysia sedang menguruskan maklumat salah terutamanya daripada media baharu dengan menumpukan kepada 2P iaitu pencegahan dan perlindungan.

“Kami banyak melabur dalam mendidik dan memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan dan alatan dalam talian untuk melindungi diri mereka sendiri,” katanya ketika berucap pada sesi pleno Persidangan Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) yang berlangsung selepas majlis perasmian, di Da Nang, lapor Bernama.

Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke AMRI ke-16 di Furama Resort Danang di Vietnam yang bermula secara rasmi hari ini.

Sementara itu, bagi menangani isu maklumat tidak tepat, salah informasi dan berita palsu, Fahmi berkata Malaysia menubuhkan pasukan petugas daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Peguam Negara untuk mewujudkan penyelarasan antara agensi bagi menguruskan berita tidak disahkan dalam media baharu.

Beliau berkata, hal ini sebagai respons kepada Kumpulan Kerja AMRI tentang Maklumat, Media dan Latihan yang menubuhkan Pasukan Petugas mengenai Berita Palsu (TFFN) yang melihat secara khusus peranan media dan maklumat, untuk berkongsi amalan terbaik dan juga menghasilkan inisiatif bersama di rantau ASEAN dalam memerangi berita palsu.

“Malaysia juga menubuhkan Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia iaitu laman web semakan fakta yang membolehkan rakyat Malaysia membuat rujukan silang maklumat dan melaporkan informasi palsu. Sebenarnya.my mempunyai purata capaian 4.8 juta sebulan dan merupakan laman web semakan fakta paling berkesan di Malaysia,” katanya.

Fahmi berkata penting untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai boleh dipercayai dan benar kerana perkara ini boleh membawa bencana kepada individu, komuniti dan negara terutamanya dalam kes media baharu yang menyaksikan kemajuan pesat.

Terdahulu, Naib Presiden Vietnam, Vo Thi Anh Xuan dalam ucapan perasmiannya mengetengahkan kepentingan mempromosikan maklumat yang benar dan tepat pada masanya berdasarkan keupayaan digital, menukar maklumat kepada pengetahuan bagi menyokong perniagaan dan pendapatan rakyat.

“Meminimumkan kesan maklumat negatif kini menjadi keperluan mendesak di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN,” katanya.

Xuan berkata AMRI ialah forum penting bagi negara anggota ASEAN dan negara dialog untuk bertukar-tukar bagi mengenal pasti keutamaan dan hala tuju kerjasama pada masa akan datang, untuk bersama-sama mencapai Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan keutamaan kepada Komuniti ASEAN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.