nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Contohi akhlak Rasulullah : Agong

28 SEPT : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah.

Menurut Al-Sultan Abdullah, akhlak Nabi Muhammad SAW sungguh mulia dalam pertuturan dan hanya berbicara soal kebenaran serta jujur dan menjauhi fitnah.

Titahnya lagi, perkataan yang kurang elok sama ada ketika tutur bicara mahupun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah hanya menggugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta.

“Marilah kita mengambil iktibar daripada kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya,” titah baginda sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Baginda bertitah selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, fenomena fitnah membawa kepada peristiwa tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga, Saidina Uthman Affan.

“Demikian hebat hakikat fitnah dan tipu daya yang bukan sahaja telah menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agung malahan telah turut menghancurkan keharmonian dan kestabilan sebuah negara,” titah baginda.

Dalam titah sama, Al-Sultan Abdullah menyentuh soal peringatan Allah SWT agar umat Islam menghindari dan menjauhi orang yang berbohong.

Tambah baginda, ajaran Islam dibawa Rasulullah SAW mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk dalam mengemudi dan memerintah sebuah negara yang penuh rencam, pelbagai puak dan agama serta spektrum kedudukan sosio-ekonomi yang berbeza-beza.

Al-Sultan Abdullah bertitah sirah Rasulullah SAW dalam lipatan sejarah juga mencerminkan kepakaran baginda dalam mentadbir sebuah negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.