nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak pertanding jawatan, PAS masih dengan ‘amalan’ kawal parti

29 SEPT : Keputusan PAS tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi pada pemilihan parti sempena muktamar tahunannya bulan depan dilihat tidak meraikan ruang demokrasi ahli untuk memilih pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata ‘amalan’ mengawal parti dengan mengkhususkan pemimpin tertentu sebagai peneraju parti itu masih berterusan seperti mana pernah berlaku pada muktamar tahunan pada 2015.

Tegas beliau, tindakan tersebut menunjukkan parti itu tidak progresif serta tidak sesuai untuk mentadbir negara.

“Ruang demokrasi semakin mengecut di dalam PAS, mereka (PAS) tidak meraikan ruang demokrasi untuk ahli memilih pemimpin. Walaupun kita tahu ada pelbagai puak dalam PAS, mereka tetap tidak meraikan pentas demokrasi bagi membolehkn ahli dan akar umbi memilih  pemimpin.

“Sesebuah parti yang tidak tidak meraikan ruang demokrasi sepert PAS bukanlah parti yang progresif dan matang seterusnya tidak sesuai untuk memipin negara,” katanya kepada BBC Portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan PAS untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden menarik diri.

Sementara itu, Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat turut senada dengan Faiz serta berpendapat PAS perlu membuka ruang kepada tokoh-tokoh yang lebih muda untuk mejawat jawatan presiden.

“Demi kelangsungan PAS, sewajarnya presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang lebih sesuai menjadi Mursyidul Am sahaja.

“Berdasarkan keuzuran beliau, jawatan presiden seharusnya diberi kepada tokoh-tokoh yang lebih muda,” katanya.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan pula berkata keputusan PAS untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden dilihat satu strategi bagi mengekalkan momentum atau ‘gelombang hijau’ parti itu ketika ini.

Namun, jika tiga jawatan lain juga tidak dipertandingkan, ia akan menimbulkan kekeliruan kerana jawatan-jawatan itu perlu dipertandingkan bagi memperkukuh dan ‘memeriahkan’ parti itu.

“PAS tidak sepatutnya menghalang kelima-lima jawatan itu dipertandingkan kerana ramai pemimpin yang telah berjaya mengemudi parti itu, contohnya ketika di Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Ini juga termasuk Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berjaya mejawat jawatan itu dengan berjaya sekali. Jadi, saya rasa tidak patut ditegah pertandingan lima jawatan ini,” katanya.

Azmi berpendapat, PAS tidak seharusnya berasa khuatir untuk membuka ruang kepada tokoh-tokoh baharu memandangkan parti itu sudah berada dalam kedudukan yang kuat.

“Jika UMNO melakukannya dalam keadaan parti yang sedang ‘bergoyang’  dan tidak stabil, saya tidak nampak mengapa PAS begitu khuatir untuk membuka cabaran untuk lima jawatan itu walaupun berada dalam kedudukan yang kukuh,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dilaporkan menarik diri daripada pencalonan naib presiden seterusnya mengekalkan Idris, Mohd Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi jawatan Naib Presiden.

Pemilihan tahun ini hanya membabitkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membabitkan 18 ahli jawatankuasa serta jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Muktamar Tahunan PAS ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam manakala Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS akan diadakan lebih awal iaitu pada 18 hingga 19 Oktober. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.