nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Thailand ikrar perketat keselamatan pelancong asing

4 OKT : Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berjanji kerajaannya akan memperketatkan langkah keselamatan bagi pelancong asing susulan kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok pada Selasa.

Srettha menggesa jabatan berkaitan dan polis menyiasat punca sebenar kejadian serta mempersiapkan langkah bagi mencegah insiden seperti itu berlaku pada masa akan datang.

“Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk semua pelancong,” katanya menerusi hantaran di ‘X’ serta memberitahu beliau turut melawat lokasi kejadian serta mangsa yang cedera di dua hospital.

Dalam pada itu, Srettha berkata Duta Besar China ke Thailand Han Zhiqiang menzahirkan penghargaannya atas tindakan pantas pihak berkuasa Thailand terhadap insiden itu.

Ia selepas  beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelancong China yang cedera atau terbunuh dalam insiden tembakan itu kepada Han.

“Kedutaan Cina sudah meminta kerajaan Thailand memberikan maklumat yang jelas dan telus mengenai kejadian terbabit supaya Kedutaan dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakyat China dan membantu mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap pelancongan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Torsak Sukwimol mengesahkan dua wanita yang masing-masing warga China dan Myanmar terbunuh dalam tembakan pusat beli-belah itu manakala lima lagi cedera.

Katanya, polis juga menahan seorang suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

“Dia adalah pesakit mental di Hospital Rajavithi dan belum mengambil ubatnya.

“Suspek beritahu macam ada orang suruh dia ‘pergi tembak orang’. Itulah yang kami dapat hasil soal siasat awal dengannya,” kata Torsak.

Visual dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa.

Suspek kini sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand.

Sementara itu, pihak sekolah swasta The Essence mengesahkan suspek merupakan seorang daripada pelajarnya serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pihak sekolah juga meminta orang ramai menghormati privasi keluarga remaja lelaki berkenaan.

Pihak berkuasa menutup sementara akses ke hentian kereta api bertingkat di Siam Square berhampiran lokasi kejadian bagi tujuan siasatan dan keselamatan.

Insiden ini juga berlaku beberapa hari sebelum rakyat Thailand memperingati ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terbesar dalam sejarah negara pada 6 Oktober 2022 yang mengorbankan 36 orang di wilayah timur laut Thailand.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.