nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia salur RM1 juta untuk Palestin, himpunan solidariti Jumaat ini

9 OKT : Malaysia akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM1 juta kepada Palestin menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Luar yang mengendalikan AAKRP telah bersetuju untuk menyalurkan RM1 juta serta merta bermula esok.

“Mengenai bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan lebih-lebih lagi pada saat ini, kerajaan akan memudahcara urusan penyaluran bantuan dengan segera. Ini adalah tindakan segera kerajaan Malaysia.

“Sebagai tanda solidariti saya menyeru ahli-ahli yang berhormat untuk turut sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang telah disediakan di luar Dewan (Rakyat) atas persetujuan Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul berkait perkembangan semasa konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang bersatu hati dalam isu tersebut.

“Saya berterima kasih kepada ahli-ahli dewan tak kisah di sebelah sana (pembangkang) atau di sebelah sini (kerajaan), atas nama perjuangan Palestin, kita bersatu hati.

“Kita kukuhkan perpaduan dalam kalangan kita. Soal peruntukan (pembangkang), kita bincang di luar dewan,” katanya.

Pada sesi sama beliau mengumumkan satu himpunan sebagai tanda solidariti terhadap kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin ketika ini akan diadakan pada Jumaat.

“Kita menggunakan #solidarityforPalestine sebagai tanda pagar untuk kita semua. Insya-Allah Jumaat ini, kita tidak perlukan mana-mana parti politik atau pertubuhan menganjurkan perhimpunan menyokong Palestin.

“Kita bersama-sama untuk turun bagi mendukung perhimpunan (solidariti) Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia akan terus menggesa semua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan sidang dan mesyuarat khas seberapa segera dan secara konsisten pada setiap masa.

“Bukan hanya setelah konflik berdarah tercetus. Ini akan digerakkan di setiap platform, lapangan, keadaan dan masa,” katanya.

Sebelumnya ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bersatu hati menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut hak dan kedaulatan mereka yang ditindas oleh rejim zionis Israel.

Mereka juga mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan bagi membantu Palestin ketika ini.

Sehubungan itu Zahid berkata, kerajaan akan meneliti semua cadangan dikemukakan wakil-wakil rakyat tersebut.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional kemudiannya melancarkan Tabung AAKRP di lobi Dewan Rakyat. OLEH : NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.