nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Naikkan harga beras untuk galak pesawah tingkatkan keluaran padi

9 OKT : Kerajaan disaran menaikkan harga beras putih tempatan (BPT) di pasaran bagi menggalakkan pesawah di seluruh negara meningkatkan penanaman padi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata cara ini dilihat mampu meningkatkan hasil tanaman padi tempatan dalam jangka masa panjang apabila pesawah melihat ia sebagai perkara yang menguntungkan.

Pada masa sama, Johari turut mencadangkan kerajaan menyediakan subsidi bagi pembelian BPT untuk 3.2 juta isi rumah B40 jika harga beras  dinaikkan bagi membantu golongan berkenaan.

“Jika kita hendak menyelesaikan masalah 3.2 juta isi rumah B40, kita perlu menaikkan harga BPT bagi  menggalakkan petani untuk terus menanam padi kerana mereka tahu ianya boleh membawa keuntungan.

“Contohnya, jika kita tetapkan siling RM2.60 per kilogram (kg) atau RM26 bagi 10 kg, kita boleh benarkan ia dijual, katakan RM32 maka ada jurang RM6.

“Saya kira, untuk selesaikan masalah isi rumah B40 dalam jangka masa pendek pula, jika RM6 (bagi setiap 10 kg) dan (penggunaan) 20 kg, didarab dengan 12 bulan, dalam RM460 juta subsidi setahun (diperlukan) untuk 3.2 juta isi rumah.

“Namun bagi jangka masa panjang, apabila petani mencapai keuntungan, syarikat-syarikat besar akan terlibat secara langsung dalam membangunkan industri ini sekali gus akan meningkatkan semula pengeluaran beras negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan sesi penerangan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkenaan isu bekalan beras putih tempatan (BPT) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Johari yang juga Pengerusi Backbenchers berkata industri beras di Malaysia perlu dimajukan sama sperti industri kelapa sawit yang kini menjadi  pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia.

Katanya, sekiranya hasil beras tempatan meningkat, tidak mustahil subsidi BPT akan diberi kepada golongan memerlukan khususnya B40 sama seperti subsidi minyak masak paket.

“Kita ada ruang anggaran 37 peratus untuk hasilkan pengeluaran beras negara jadi kita ada peluang untuk teruskan.

“Contohnya kita perlu lihat industri kelapa sawit, industri-industri lain akan datang terlibat dalam industri ini kerana menjadi antara pengeluar minyak yang besar.

“Akhirnya kita akan jadi self sustain kerana apabila kita beri minyak paket, kita boleh subsidikan kerana mempunyai eksport yang besar,” katanya.

Pada masa sama, Johari berkata industri beras juga mampu berada di tahap industri kelapa sawit jika keuntungan mampu mengatasi kos.

“Saya percaya, jika kita boleh buat untuk industri kelapa sawit, saya tidak nampak kenapa industri beras tidak boleh kerana kita sudah ada cara untuk jayakan hal ini,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.