nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2024 sokong pelaksanaan inisiatif kerajaan

14 OKT: Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat mampu menyokong pelaksanaan inisiatif dan program yang direncanakan kerajaan melalui pelbagai kementerian.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata peningkatan keseluruhan peruntukan sebanyak 6.8 peratus iaitu berjumlah RM16.33 bilion berbanding tahun 2023 menggambarkan peranan penting kementerian itu sebagai pemangkin kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat Melalui Bidang Pendidikan Tinggi.

“KPT akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menyokong aspirasi Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat,” menurut kementerian itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM250 juta untuk  menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua Universiti Awam.

Selain itu, peruntukan awal RM20 juta turut diberi untuk penubuhan pusat pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara bagi  meneruskan agenda pendigitalan pendidikan tinggi.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata peningkatan peruntukan sebanyak 14.4 peratus iaitu RM6.16 bilion berbanding RM5.39 bilion pada 2023 membantu kementerian itu mengukuhkan fungsinya dalam  menghadapi cabaran isu-isu semasa dalam sektor pertanian dan agromakanan.

Sehubungan itu, beliau berkata KPKM akan melaksanakan inisiatif-inisiatif Belanjawan 2024 secara cekap, berhemat serta efisien bagi memastikan golongan sasar yang telah dikenal pasti mendapat manfaat segera. 

“Peruntukan ini  membantu pembangunan rantaian nilai agromakanan secara holistik serta pemerkasaan agenda kebajikan petani, nelayan, penternak dan pesawah di samping fokus utama untuk memastikan keterjaminan makanan kepada semua rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan keseluruhan lebih RM635.82 juta termasuk RM20 juta untuk memperkasa peranan KRT sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat dilihat sebagai satu langkah yang baik daripada kerajaan. 

Katanya, menerusi peruntukan itu, tumpuan akan  diberikan kepada lapan aspek yang perlu diterap dan diperkukuhkan dalam komuniti iaitu keselamatan komuniti; pendidikan sepanjang hayat; ekonomi dan sara hidup; daya cipta; alam sekitar, kepimpinan; kesejahteraan komuniti serta warisan dan budaya.

“Kementerian Perpaduan Negara komited menjadikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai ‘Penggerak Masyarakat Progresif’ yang dapat memberi manfaat terus kepada komuniti,” katanya. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peruntukan RM19.7 bilion kepada kementeriannya akan meningkatkan iltizam anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahan kedaulatan negara.

“Kementerian Pertahanan dan ATM akan berusaha sedaya upaya agar peruntukan Belanjawan 2024 dimanfaatkan dengan telus, berhemah serta berintegriti demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan Makmur,” kata beliau menerusi hantaran Facebooknya, pada Jumaat. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perolehan aset baharu antaranya 12 helikopter baharu untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.