nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

104 ventilator tidak berfungsi, tiada siapa boleh dipertanggungjawabkan

30 OKT : Tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan 104 unit ventilator berfungsi ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Sebanyak 8.5 juta dos vaksin bernilai RM505 juta juga dilaporkan luput tempoh hayat setakat 15 Jun lalu.

Pendedahan itu dibuat melalui pembentangan Laporan ‘Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)’.

Hasil prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tiada perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan pembekal, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB).

Laporan setebal 120 muka surat itu juga menyatakan PLSB diarah membuat pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator.

Arahan itu dibuat walaupun syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti ventilator.

“Perbincangan, penilaian dan keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan, iaitu melalui aplikasi Whatsapp disebabkan kekangan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan faktor kesegeraan serta keterdesakan situasi ketika itu.

“Ketiadaan perjanjian bertulis di antara KKM dan PLSB menyebabkan tiada mana-mana pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi,” menurut laporan itu.

Laporan itu mendapati KKM terpaksa mendapatkan bekalan dari China, namun selepas ventilator berkenaan tiba, ia tidak melepasi terma dan syarat walaupun semakan spesifikasi dilakukan oleh pakar kementerian itu terlebih dahulu berdasarkan brosur dibekalkan.

“Ventilator bermasalah hanya dapat digunakan selepas dinaik taraf. Masalah kesemua ventilator adalah titik palam berbeza dengan yang digunakan di Malaysia.

“Ventilator dapat dihidupkan selepas titik palam dinaik taraf, namun setiap ventilator mempunyai masalah berbeza dari segi aksesori, hardware dan software,” katanya.

Selain itu, PAC mendapati tiada kontrak digubal mengenai perolehan ventilator dan penasihat undang-undang KKM tidak dirujuk ketika proses penyediaan surat pelantikan.

“PLSB tidak menandatangani sebarang kontrak dengan pembekal serta memaklumkan kepada PAC bahawa semua dokumen pesanan pembelian dan dokumen sebut harga menunjukkan waranti ventilator adalah di antara Kerajaan Malaysia dan pembekal.

“PLSB hanya mengurus penghantaran ventilator ke fasiliti KKM dan membantu menghubungi pengilang untuk menggunakan waranti bagi ventilator yang tidak dapat digunakan. Berlaku percanggahan keterangan di antara KKM dan PLSB berkaitan kewujudan waranti bagi 136 unit ventilator.

“Semakan terhadap dokumen sebut harga menunjukkan bahawa waranti ada dinyatakan oleh pihak pembekal. Namun, PAC mendapati bahawa dokumen sebut harga berkenaan tidak merangkumi kesemua 136 unit ventilator dan tiada akuan terima,” katanya.

Sementara itu, laporan itu juga menyebut 8.5 juta dos vaksin luput tempoh hayar selepas sambutan terhadapnya yang rendah.

“Punca lebihan vaksin disebabkan sambutan yang rendah, khususnya dos penggalak berikutan pengambilan adalah secara sukarela. Selain itu, takut kepada kesan sampingan ekoran penyebaran maklumat tidak benar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.