nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kajian gubal Akta Pembelaan Awam dijangka siap tahun ini

30 OKT : Hasil kajian penyelidikan mengenai penggubalan Akta Pembelaan Awam dijangka siap sebelum tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kajian akta yang bertujuan memperkasakan akses bantuan guaman bagi kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan  itu diharap dapat memberi keadilan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Justeru, Jawatankuasa Akta Pembelaan Awam (JAPA) sedang membuat kajian perbandingan liputan kerangka perundangan berkaitan pembelaan awam di negara terpilih seperti Singapura, Australia, New Zealand, Taiwan dan United Kingdom, ketika ini.

“Ia mengambil kira input utama berdasarkan kerangka perundangan dan amalan terbaik di luar negara berkaitan pembelaan awam, implikasi kepada perkhidmatan bantuan guaman secara holistik serta kesan terhadap Akta sedia ada di Malaysia terutama Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) dan Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166).

“Kajian itu diharapkan akan dapat merangka pendekatan dan dasar kerajaan baharu jika kerajaan mahu meneruskan komitmen untuk mewujudkan satu Akta Pembelaan Awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat dasar bagi kementerian itu di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan meneliti ikhtiar untuk menggubal satu Akta khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma untuk kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas.

Sehubungan itu, Azalina (BN-Pengerang) berkata inisiatif Mahkamah Bergerak bagi kes sivil akan diperluas bagi memudahkan rakyat memperoleh perkhidmatan mahkamah.

Mengulas mengenai Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), beliau berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan akta itu dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat bagi membolehkan pemberi maklumat mendapat skop perlindungan yang lebih luas.

Jelas beliau, pembentangan Akta Kebebasan Maklumat yang tertangguh dan dijangka dibentangkan pada tahun depan itu tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Beliau berkata kedua-dua akta terbabit perlu digubal dengan seimbang bagi memberi perlindungan sepenuhnya kepada pemberi maklumat.

“Kita bercakap mengenai Akta Kebebasan Maklumat, perlunya pindaan dilakukan tetapi mungkin tak sempat dibentang tahun ini, Insya-Allah pada tahun depan.

“Akta Kebebasan Maklumat ini sangat penting kerana perlu dilihat sekali dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. Jadi perlunya satu keseimbangan akta yang mana Akta Rahsia Rasmi kemungkinan dipinda supaya Akta Pemberi Maklumat mempunyai skop yang lebih luas.

“Kita tak boleh hanya datang ke Parlimen membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa membuat libat urus bukan saja dengan ahli politik atau wakil di sini iaitu kedua belah blok , tetapi juga agensi terbabit yang akan melaksanakan perkara ini.

“Apa guna nak cakap contohnya mempunyai undang-undang begitu ketat kalau Akta Kebebasan Maklumat tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pemberi maklumat. Siapa nak buat aduan? Ia tidak boleh bergerak bersendirian tanpa mempunyai undang-undang,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.