nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belum ada persetujuan formula semakan pemberian khas Sabah, Sarawak

30 OKT : Kerajaan belum memutuskan persetujuan muktamad bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung formula semakan kadar pemberian khas kepada kedua-dua negeri itu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara itu tetap dimaklumkan bagi mengelakkan semua pihak menganggap perbincangan yang melibatkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terhenti.

“Namun, untuk mengelakkan subjudis dan mengambil kira kedudukan saya sebagai anggota pentadbiran, saya akan hanya memberikan jawapan berhubung latar belakang dan status semasa kemajuan berhubung tuntutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang ingin tahu sama ada terdapat formula tetap atau kadar pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak dibuat secara interim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan di persidangan Dewan Rayat, hari ini. 

Armizan (PH-Papar) berkata menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan secara rasmi persetujuan bersama Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan kadar pemberian khas secara interim pada kadar bermula RM300 juta dan berkuatkuasa serta merta bagi 2023.

“Peningkatan kadar dalam semakan secara interim ini dibuat berlandaskan komitmen untuk terus meningkatkan kadar pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak.

“Perbincangan akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kadar ini,” katanya

Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang bertanya tentang pendirian kerajaan terhadap tajaan JPA kepada pelajar-pelajar perubatan sama ada diteruskan atau sebaliknya, Armizan memaklumkan kerajaan akan  meneruskan tajaan kepada pelajar bidang itu menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata ia diteruskan selagi terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara.

“Penajaan pelajar dalam bidang perubatan ini juga adalah tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya. 

Sebelum ini, KKM memaklumkan tajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dihentikan berikutan bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai 2026 hingga 2030. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.