nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir di Perak, Kedah meningkat

30 OKT : Mangsa banjir di Kedah dan Perak dilaporkan meningkat setakat pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri itu.

Seramai 110 orang dari 35 keluarga ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kuala Muda setakat jam 3 pagi tadi iaitu Dewan Masjid Al Huda Kampung Jerung yang baru dibuka dan Dewan UMNO Kampung Bukit Belah serta Dewan SJK (C) Min Terk yang dibuka sejak semalam.

Seramai 84 orang daripada 28 keluarga ditempatkan di Dewan SJK (C) Min Terk, 20 orang dari enam keluarga di Dewan UMNO Kampung Bukit Belah dan 6 orang lagi dari satu keluarga di Dewan Masjid Al Huda.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad dalam satu kenyataan berkata banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah itu susulan hujan lebat yang bermula sekitar jam 5.30 petang semalam

Katanya, banjir kilat itu ekoran limpahan air secara mengejut dan berlebihan.

“Turut berlaku kejadian air pasang besar di mana pintu air ditutup sehingga jam 1.16 pagi tadi untuk mengelakkan kejadian lebih buruk.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda mangsa dan paras kedalaman air setinggi antara 0.5 meter hingga satu meter,” katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa terbabit merupakan penduduk di empat mukim iaitu Gurun, Sungai Petani, Sungai Pasir dan Sidam Kiri.

Antaranya Kampung Batu 5, Taman Bersatu, Taman Widuri, Taman Teratai, Taman Kenari Biru, Taman Songket, Taman Berlian, Kampung Baru Belah, Kampung Batu 2, Kampung Haji Wahab, Taman Ambangan Heights, Taman Sari, Kampung Belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Min Terk dan Kampung Watt Siam, Kampung Baru Bakar Arang dan Kampung Jerung.

Sementara di Perak, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 156 orang daripada 45 keluarga yang kini ditempatkan di tiga PPS di tiga daerah berbanding 92 mangsa daripada 23 keluarga, semalam.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi ini menunjukkan sebuah lagi PPS baharu dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Star jam 8 malam tadi dengan pemindahan seramai 30 mangsa daripada 11 keluarga.

Semua mangsa diarahkan berpindah selepas banjir melanda dua kampung di daerah berkenaan membabitkan Kampung Sungai Star Kecil dan Kampung Tanjong Lengkong.

Dua PPS lain iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak juga PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang masing-masing dibuka Isnin dan Selasa lalu masih aktif.

Sementara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong sudah mencecah 4.10 meter melepasi paras bahaya manakala paras sungai lain berada pada paras amaran dan berjaga-jaga.

*Foto : Facebook APM Kedah

Get real time updates directly on you device, subscribe now.