nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sedia maafkan HarakahDaily, alu-alukan surat rayuan

8 NOV : Kerajaan bersedia memaafkan portal PAS, HarakahDaily berhubung tindakan penyiaran artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga mengalu-alukan rayuan pihak HarakahDaily berhubung penarikan Kad Perakuan Media wartawan portal itu serta akan berbincang dengan Jabatan Penerangan mengenai tindakan sewajarnya.

“Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah etika kewartawanan. Seperti yang perdana menteri nyatakan tempoh hari, beliau bersedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah.

“Ini tidak terpakai hanya kepada Harakah tetapi juga kepada semua. Ini yang kita tegaskan, kerjasama dengan semua rakan media,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status rayuan yang dikatakan sudah dihantar Harakah berhubung penarikan semula Kad Perakuan Media wartawan HarakahDaily.

Sebelum ini, Ahmad Fadhli mendakwa Jabatan Penerangan pada Selasa menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakahdaily dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel memaparkan foto Anwar dengan bendera Israel.

Dalam pada itu, Fahmi (PH-Lembah Pantai) berkata kerajaan sentiasa nenyokong prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat.

Namun, tegasnya kebebasan bersuara tidak bermaksud seseorang individu boleh mengeluarkan tohmahan, fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat serta kebencian terhadap institusi raja mahupun meperlekeh agama atau perkara yang berbaur perkauman.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Media (MCMC) menjalankan tanggungjawab dan fungsi-fungsinya berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998 (588).

“Tindakan yang diambil oleh MCMC selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta 588 dan bukanlah untuk menyekat kebebasan media, tetapi bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah atau maklumat yang kurang tepat, ucapan berbaur kebencian serta integriti raja berperlembagaan dan institusi demokrasi dengan penghormatan dari sebarang percubaan untuk mencetuskan penghinaan atau kebencian,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata pengamal media dinasihatkan supaya merujuk  kod kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan Akta 588.

“Dengan mematuhi kod ini, pengamal media dapat memastikan laporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui kebebasan bersuara.

“Kod kandungan bahasa Melayu dan Inggeris boleh dimuat turun di laman web contentforum.my atau mcmc.gov.my,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.