nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq bersalah 4 pertuduhan seleweng dana Bersatu

9 NOV : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah terhadap empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid, pagi ini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

“Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan musabaqah.

Oleh itu, tertuduh didapati bersalah atas semua tuduhan,” katanya.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar kelihatan tenang dalam kandang tertuduh ketika dibacakan keputusan.

Bagi tuduhan pertama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dituduh bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana sayap parti itu berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana terbabit di CIMB Bank Berhad di Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu turut didakwa dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram jika sabit kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.