11 NOV : Draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan dibentang di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 pada Mei 2024.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sesi perbincangan antara Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) dan Kumpulan Kerja Mengenai Pindaan Kepada IHR (WGIHR) masih berlangsung ketika ini.
“Sehingga kini, rundingan bagi penyediaan dokumen INB WHO CA+ masih lagi di peringkat awal, tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, beliau berkata Malaysia berpendirian jelas dalam menjaga kepentingan kesihatan awam,selaras dengan undang-undang serta kedaulatan negara menerusi rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 pada Oktober lalu.
Dua platform rundingan antarabangsa yang dikenali sebagai INB WHO CA+ dan WGIHR ditubuhkan olehPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menghasilkan instrumen INB.
Penubuhan tersebut bagi memperkukuh aspek kesiapsiagaan, pencegahan, pengesanan dan respons terhadap pandemik di peringkat antarabangsa dalam usaha mengurangkan impak ke atas sesebuah negara.
Pada masa sama, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius tentang penyebaran berita palsu yang mendakwa ‘suntikan ISR’ akan dilaksanakan secara paksa kepada semua rakyat Malaysia.
“Ini adalah fitnah dan tohm ahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM.
“Orang ramai dinasihati supaya berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan,” katanya.