nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah mula dengar rayuan banduan akhir hari ini

14 NOV : Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakan semula hukuman mati banduan akhir buat pertama kali hari ini.

Ia susulan penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).

Dijangka 11 permohonan akan didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis, lapor Bernama 

Peguam, Guok Ngek Seong berkata permohonan anak guamnya, Teh Hock Leong adalah yang pertama dalam senarai untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Hock Leong merupakan banduan akhir yang berdepan hukuman mati selama 20 tahun selepas disabitkan dan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2003 kerana mengedar 580.3 gram dadah jenis metamfetamina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia telah mengemukakan rayuan di semua peringkat dan meringkuk dalam penjara sejak 1999 iaitu selama lebih 24 tahun.

Rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak masing-masing pada 14 Mei 2008 dan 23 Okt 2009.

Ngek Seong dan peguam kanan, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili Hock Leong, 52 yang berpeluang merayu agar hukuman mati terhadapnya digantikan dengan pemenjaraan apabila Mahkamah Persekutuan bersidang hari ini.

Mengikut peruntukan Akta 847 yang berkuat kuasa 12 September lepas, Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa budi bicara untuk menyemak semula kes membabitkan hukuman mati.

Ini susulan penguatkuasaan undang-undang baharu iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lepas.

Di bawah undang-undang itu, hukuman mati mandatori bagi kesalahan seperti mengedar dadah dan membunuh telah dihapuskan.

Undang-Undang itu memberi pilihan kepada hakim sama ada mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, pesalah boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berusia di bawah 50 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh pada awal minggu lepas memaklumkan Dewan Rakyat, Mahkamah Persekutuan menerima 924 permohonan semakan semula hukuman mati setakat 31 Oktober lepas.

Beliau berkata, pemfailan dan pendengaran permohonan semakan semula hukuman mati itu akan diadakan secara berperingkat. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.