nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Kemaman: Calon dibenar berarak dengan kenderaan jika hujan

16 NOV : Calon dan wakil calon dibenar berarak menggunakan kenderaan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini sekiranya cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata kebenaran menggunakan kenderaan itu hanya melibatkan 30 individu yang mempunyai pas dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

“Kita benarkan perarakan berkenderaan ini bagi memudahkan calon dan wakil-wakilnya untuk ke pusat penamaan calon. 

“Perarakan dengan berjalan kaki masih dibenarkan, namun jika hujan terlalu lebat dan ribut kita tidak akan benarkan perarakan ini kerana bimbang keselamatan orang awam,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan kira-kira 10,000 penyokong parti yang bertanding dalam akan berkumpul di sekitar pusat penamaan calon Sabtu ini.

Selain itu, polis akan menutup 10 laluan secara kekal dan tiga laluan ditutup secara berperingkat pada jam 8 pagi hibgha 12 tengah hari bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

“Antara laluan yang ditutup secara kekal ialah Jalan Chukai-Air Putih dari lampu isyarat bandar Chukai sehingga pusingan U Wisma Kopkem, Jalan Padang dan Jalan Sentosa, Jalan Gong Limau dari persimpangan MPK hingga ke Wisma Persekutuan. 

“Laluan yang ditutup secara berperingkat pula antaranya laluan bermula di lampu isyarat bandar Chukai dan Jalan Sulaimani dari persimpangan lampu isyarat Bandar Chukai hingga ke Stesen Bas Bandar Chukai iaitu sepanjang perarakan berlangsung,” katanya. 

Beliau sempat meminta 400 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada Sabtu ini untuk keluar lebih awal. 

“Kita minta pelajar yang bakal menduduki MUET ini keluar awal bagi mengelak sebarang kesulitan susulan penutupan jalan yang akan dilakukan nanti dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain,” katanya.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri (PRN) membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember manakala hari penamaan calon pada 18 November ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.