nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendapatan pelaburan KWSP meningkat kepada RM47.86 bilion

17 NOV : Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan 33 peratus kepada RM47.86 bilion bagi sembilan bulan berakhir pada 30 September 2023 berbanding RM36.04 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tersebut adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai yang direkodkan bagi suku tersebut.

“Daripada jumlah pendapatan pelaburan RM47.86 bilion itu sebanyak RM4.62 bilion dijana daripada keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan. Keuntungan MTM ini disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing,” kata dana persaraan itu, lapor Bernama.

Bagi tempoh suku ketiga berakhir pada 30 September 2023, jumlah pendapatan pelaburan mencecah RM14.67 bilion selepas mengambil kira turun nilai kos dan merupakan peningkatan sebanyak RM2.38 bilion daripada RM12.29 bilion pada suku sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan berkata suku ketiga 2023 juga menyaksikan peralihan prestasi ekuiti global yang ketara apabila mencatat pulangan negatif berbanding keuntungan kukuh pada separuh pertama.

“Perang Gaza-Israel dan konflik Rusia-Ukraine yang berterusan pastinya akan menyumbang kepada ketidaktentuan dan turun naik pasaran,” katanya.

Berikutan itu KWSP menjangkakan risiko geopolitik ini akan terus memburukkan lagi keadaan ekonomi yang sememangnya mencabar.

Perubahan dalam sentimen pasaran itu turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kebimbangan mengenai kestabilan ekonomi China, kenaikan harga tenaga dan peningkatan hasil bon kerajaan yang berlatarbelakang kemungkinan tempoh kadar faedah tinggi akan berlanjutan, katanya.

Pada masa sama pasaran pendapatan tetap global turut mencatatkan jumlah pulangan negatif pada suku ketiga berkenaan berikutan peningkatan hasil kerajaan yang mendadak, kata Amir Hamzah.

Selain itu, KWSP berkata pelaburan ekuiti kekal sebagai penyumbang utama yang merangkumi 63 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga 2023 dengan RM9.17 bilion dijana selepas turun nilai kos.

Dalam pada itu, aset pelaburan KWSP terus mencatat pertumbuhan kukuh disokong oleh pendapatan lebih tinggi yang dijana daripada pelaburan serta caruman bersih diterima pada September 2023 yang berjumlah RM73.58 bilion berbanding RM63.61 bilion pada 2022.

Menurut dana persaraan itu setakat September 2023 nilai aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.092 trilion dengan 37.7 peratus daripadanya dilaburkan di luar negara.

KWSP berkata sejumlah RM42.71 bilion daripada RM47.86 bilion pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional manakala RM5.15 bilion bagi Simpanan Syariah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.