nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peru mahu Malaysia buka pejabat sijil halal di sana

17 NOV : Malaysia dan Peru sedang dalam usaha memperkukuhkan peluang kerjasama khususnya dalam bidang ekonomi antara kedua-dua negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra pada Khamis. 

Kata Anwar, pertemuan tersebut turut membincangkan permohonan Peru bagi membuka sebuah pejabat di negara itu di Malaysia sebagai pemudah cara bagi mendapatkan pensijilan halal untuk produk keluaran Peru.

“Selain itu, kami berdua turut membincangkan aspek peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua selain menyentuh isu pemerkasaan wanita dan perubahan iklim. 

“Dalam pertemuan tersebut Presiden Boluarte memohon Malaysia mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru untuk menjadi pemudah cara pensijilan halal bagi produk di negara tersebut,” kata beliau menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata Boluarte turut mempelawa beliau ke Peru pada tahun depan sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara itu.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Peru kerana menyelamatkan 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa eksploitasi dan perdagangan manusia di negara itu, baru-baru ini.

“Dalam pertemuan ini, saya juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini,” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmen melatih pegawai Peru di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia, selain mempelajari kepakaran masing-masing.

Malaysia juga menyatakan sokongan kepada usaha Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.