nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar adakan sesi dialog bersama warga Malaysia di San Francisco

19 NOV :  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan sesi dialog serta makan malam bersama warga Malaysia di San Francisco, Amerika Syarikat.

Perkara itu dikongsi Anwar menerusi platform X, dengan menjelaskan beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbesar hati bertemu dan berbincang bersama warga termasuk pelajar-pelajar Malaysia disana.

Dalam masa yang sama, beliau sempat berkongsi usaha kerajaan pada waktu kini bersama-sama menteri Kabinet lain.

“Ruangan ini juga saya minta menteri Kabinet yang bersama untuk jelaskan usaha mereka menerusi kementerian masing-masing.

“Menginjak setahun usia Kerajaan MADANI, saya tegaskan bahawa kita akan lakukan lebih banyak inisiatif dan dasar yang menguntungkan rakyat keseluruhan,” katanya dalam satu ciapan di platform X.

Selain itu, dalam sesi dialog berkenaan, beliau juga sempat menjawab pelbagai persoalan terkait ekonomi dan fenomena ‘Brain Drain’ dalam kalangan pelajar di luar negara.

“Saya juga sempat menjawab pelbagai persoalan dan isu yang diajukan antaranya terkait ekonomi, prestasi ringgit, penghijrahan bakat tempatan dan pelaksanaan inisiatif kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berada di San Francisco California bersempena Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Turut hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan beberapa delegasi lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.