nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perang Israel-Palestin : Jumlah terkorban meningkat kepada 20,000

19 NOV: Jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 20,000 orang termasuk mereka yang hilang di bawah runtuhan dengan harapan kecil untuk hidup.

Pada ketika ini, perang di Gaza memasuki minggu ketujuh dan peningkatan jumlah yang terkorban itu akibat kempen pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med Monitor) menganggarkan sekurang-kurangnya 15,271 rakyat Palestin di Gaza terbunuh termasuk 3,561 wanita dan 6,403 kanak-kanak.

Lebih 32,310 orang cedera dengan kebanyakannya kritikal dan tidak dapat menerima rawatan perubatan minimum disebabkan keruntuhan sistem kesihatan Gaza.

Menurut Euro-Med Monitor terdapat 4,1500 orang dilaporkan hilang di bawah serpihan bangunan yang dilanda serangan udara dan artileri Israel, dengan peluang kecil untuk hidup.

Kumpulan yang berpangkalan di Geneva itu memberi amaran mengenai penutupan sepenuhnya komunikasi dan perkhidmatan internet di wilayah terkepung itu berikutan kehabisan bahan api untuk mengendalikan penjana elektrik.

Euro-Med Monitor dalam laporan berkata kekurangan bahan api secara serius menjejaskan keselamatan dan keupayaan orang awam untuk memberikan bantuan menyelamatkan nyawa.

Laporan itu turut menegaskan Israel yang tanpa henti menyasarkan wartawan Palestin dan tempat kerja memusnahkan kemudahan komunikasi asas dan infrastruktur internet dengan tujuan untuk mengasingkan penduduk Gaza daripada dunia luar, sekali gus menghapuskan keupayaan untuk mendokumentasikan jenayah Israel.

Gaza mengalami gangguan bekalan elektrik sejak 11 Oktober, selepas pihak berkuasa Israel memutuskan bekalan elektrik dan menghalang bekalan bahan api penting daripada sampai ke loji kuasa tunggal Gaza.

Euro-Med Monitor mengklasifikasikan sekatan kemasukan bahan api oleh Israel untuk menjalankan penjana elektrik yang membekalkan peralatan perubatan penting sebagai tidak berperikemanusiaan.

Kekurangan bahan api dan serangan udara dan artileri Israel yang berulang ke atas hospital Gaza dan sekitarnya memaksa 26 daripada 35 hospital tidak beroperasi.

Euro-Med Monitor berkata lebih 200 kakitangan kesihatan termasuk doktor, jururawat, dan paramedik terbunuh dan 213 yang lain cedera. Lebih 20 kru penyelamat dan pertahanan awam serta 49 wartawan turut terbunuh.

Lebih 1,650 juta penduduk Gaza dipindahkan secara dalaman, kira-kira separuh daripada mereka tinggal di kemudahan yang dikendalikan UNRWA yang sangat sesak dan tidak sesuai untuk perlindungan, tambah Euro-Med Monitor.

Menurut pertubuhan hak asasi manusia itu, 55,200 unit rumah telah musnah sepenuhnya akibat serangan Israel, manakala 160,700 yang lain telah rosak sebahagiannya.

Seratus tujuh belas kemudahan kesihatan serta 223 sekolah, 821 kemudahan industri, 177 pejabat akhbar, 75 masjid dan tiga gereja, menjadi sasaran.

Euro-Med Monitor memberi amaran gangguan komunikasi dan perkhidmatan internet akan memberi perlindungan kepada Israel untuk melakukan lebih banyak jenayah ngeri dan menggesa tindakan antarabangsa yang kuat untuk menghentikan kempen pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.