nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangkang ponteng Dewan Rakyat sesi pagi

20 NOV : Tempat duduk pembangkang di Dewan Rakyat pada sesi pagi ini kosong tanpa kehadiran seorang pun wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) membangkitkan perkara itu yang mencelah ketika sesi soal jawab sedang berlangsung.

“Tan Sri Speaker, bukan seorang tak hadir, tapi seorang pun pembangkang tidak ada pada hari ini, inilah fiil pembangkang,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum itu membuka peluang agar setiap soalan dalam sesi soal jawab dibenarkan untuk tiga soalan tambahan berbanding dua soalan sebelum ini.

“Oleh kerana kita dapati ramai MP (Ahli Parlimen) tidak hadir, saya akan buka setiap soalan dijawab ini untuk tiga soalan tambahan,” katanya.

Sebanyak enam soalan dikemukakan ahli Parlimen pembangkang yang disenarai dalam aturan urusan mesyuarat tidak dapat kemukakan dan dijawab oleh menteri berkaitan disebabkan ketidakhadiran mereka.

Antaranya soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai isu cukai daripada sektor ekonomi bayangan, Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berhubung latihan kepada bakal usahawan dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) tentang usaha membanteras kegiatan warga asing yang berniaga.

Bagaimanapun, Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) dilihat mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sebelum sesi soal jawab tamat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjelaskan ketidakhadiran kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) pagi tadi kerana menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

“Kami selalu hadir dalam Dewan ini, walaupun pagi tadi kami ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan dan soladiri kepada hukuman syariah tetapi kami dikatakan ponteng… sebenarnya tak ponteng,” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).

Pagi tadi, orang ramai berkumpul di Istana Kehakiman susulan pendengaran petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.