nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lantang pertahan Palestin, PM kesal ada yang kutuk

23 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal dengan suara-suara sumbang negara ini yang memperlekeh kelantangannya membela nasib rakyat Palestin di pentas dunia  

Tegas Anwar, meski menyedari membela penduduk di wilayah itu tidak mudah namun menjadi tanggungjawabnya bagi pihak rakyat Malaysia untuk menyuarakan isu tersebut.

“Di sini ada juga suara sumbang mengatakan apa yang dilakukan kerajaan ini, kononnya risiko kepada negara, ekonomi negara…sedangkan di sini ada juga golongan rakyat minoriti yang tidak dibela. Saya kesal dengan pandangan sedemikian.

“Rakyat minoriti mana yang dibom? Anak kecil mana yang dibunuh beramai-ramai? Tanah mana yang dirampas? Rumah mana yang dirobohkan? Apakah tak boleh menilai kemanusiaan?,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini

Namun, Anwar akui bersyukur kerana beliau dapat mewakili rakyat negara ini menyuarakan bagi rakyat di hadapan pemimpin dunia.

“Lihatlah polemiknya, bukan saya nak minta terima kasih tetapi saudara, saya boleh bersyarah kencang di sini, saya tamu kepada Presiden (Joe) Biden, untuk mencari kekuatan bagi menyatakan yang hak bagi pihak rakyat, itu tidak mudah tetapi saya bersyukur kerana kita lakukannya.

“Kalau tak berterima kasih pun, janganlah kutuk lagi, …walaupun saya sebut begitu, ia tidak mengganggu keputusan Google, keputusan Tiktok, keputusan Elon Musk untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Kelmarin, Anwar ketika pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat menegaskan kehadirannya ke persidangan-persidangan antarabangsa yang menyaksikan beliau lantang membangkitkan isu berkaitan Palestin tidak mengetepikan masalah negara termasuk berkait golongan minoriti.

Menurutnya selain memenuhi undangan pemimpin antarabangsa, persidangan di peringkat dunia itu  menjadi ruang untuk beliau membangkitkan isu membela rakyat Palestin yang lebih bersifat kemanusiaan bukan hanya kerana agama semata-mata.

Anwar ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin dan mahu pembunuhan serta kekejaman di Gaza dihentikan segera.

Malah beliau lantang mempertahankan rakyat Palestin yang terus dibedil di hadapan Biden ketika menyertai majlis yang dipengerusikan Presiden AS itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.