nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO kekal perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan

6 DIS : UMNO kekal berpendirian untuk terus memperkukuh dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan sempena pentadbirannya yang memasuki usia setahun.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu akan terus memperteguhkan kerjasama sebagaimana titah Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas beliau, UMNO juga bersetuju untuk menguatkan asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Katanya, ia termasuk melalui perjanjian yang telah dimeterai terutamanya berkenaan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi.

“Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia, mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri-negeri bermula Januari 2024.

“Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN UMNO akan terus mendukung pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Perakuan ini sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.

Dalam pada itu, Asyraf berkata
UMNO juga bakal mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera pada 6 Januari 2024.

“Bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-fuju dan tawaran ekonomibaharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO berlangsung malam ini, dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pemimpin yang kelihatan adalah Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan dan naib-naib Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mesyuarat tersebut dipercayai bagi melakukan post mortem terhadap prestasi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.