nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gencatan senjata di Gaza bukan untuk tanam benih perang seterusnya

10 DIS : Malaysia menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) gencatan senjata segera di Gaza ‘hanya akan menanam benih untuk perang seterusnya’.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) berkata serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara.

“Situasi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza langsung tidak boleh diterima.

“Kerajaan Malaysia amat sedih dengan keputusan untuk tidak mengendahkan desakan dan rayuan masyarakat antarabangsa,” katanya, lapor Bernama.

Ia sebagai reaksi kepada tindakan AS pada Jumaat apabila Washington memveto resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Resolusi itu menuntut gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

Timbalan Duta AS ke PBB, Robert Wood sebelum itu dilaporkan berkata AS tidak menyokong gesaan resolusi untuk gencatan senjata yang tidak mampan yang hanya akan menanam benih untuk perang seterusnya.

Wisma Putra menekankan kekesalan Malaysia terhadap kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menerima pakai resolusi yang mendapat sokongan ketara daripada 102 negara termasuk Malaysia yang merupakan bukti kepada hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat penamatan segera serangan ke atas Gaza.

Malaysia tidak berganjak dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Laporan terkini oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu, menyatakan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 17,674 orang dengan lebih 49,300 individu cedera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.