nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bumbung Perpaduan konkrit dari cubaan ‘tebuk atap’

10 DIS : Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi gabungan 18 buah parti politik tidak pernah berbalah sesama sendiri sepanjang setahun penubuhannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan yang membentuk Kerajaan Persekutuan itu juga kini berupaya membina bumbung yang konkrit daripada sebarang cubaan ‘tebuk atap’

“Hubungan kerjasama sangat baik. Dalam jemaah menteri, belum ada sekali pun pertelagahan atas perbezaan parti…ini nampaknya berhasil.

“Percubaan tebuk atap, ada yang kata Ogos, namun saya fikir kita ada kekuatan. Saya berterus terang, tidak timbul masalah perbezaan pendapat antara parti menyebabkan percubaan pembangkang yang terdesak akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Malaysia MADANI semasa majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Turut sama menyertai sesi dialog tersebut adalah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas persepsi masyarakat mengenai hanya beliau seorang sahaja yang mengemudi Kerajaan Perpaduan tanpa didukung jemaah menteri yang lain, Anwar berkata ada beberapa kejayaan dibuat kementerian tidak membabitkan dirinya secara langsung.

Jelas beliau, kejayaan pentadbiran Kerajaan Perpaduan disumbangkan oleh pembentukan pasukan Kabinet yang mantap serta komitmen kepimpinan secara keseluruhannya.

Terdahulu, Anwar tiba di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.

Program tiga hari yang bermula pada Jumaat dari 9 pagi hingga 10 malam itu memfokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. OLEH : AISYAH BADRUL

*Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.