nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peralihan tenaga bersih perlu sokongan kewangan

18 DIS : Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’ memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga percaya peralihan tenaga seharusnya saksama, inklusif dan adil dengan tindakan ke arah kemajuan merangkumi model kolaborasi dan kerjasama yang progresif.

“Oleh itu, Malaysia akan mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan dari Jepun, Australia dan lain-lain memandangkan kita berusaha untuk mempercepat perjalanan peralihan tenaga kita,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) di Tokyo pada Isnin.

Beliau berkata, Malaysia dengan sendiri akan terus mengutamakan penyelesaian praktikal yang memacu kemajuan, mengimbangi cita-cita berkaitan iklim, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi

“Kerajaan (di bawah pentadbiran) saya pada Ogos melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia, yang mengambil daripada antara lain, inisiatif AZEC,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia optimis AZEC akan berfungsi sebagai platform bagi tempoh panjang, menggalakkan kerjasama yang saling memberi manfaat bersama dalam peralihan tenaga khususnya di rantau itu.

AZEC ialah platform kerjasama yang bertujuan memajukan usaha keneutralan karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga AS$8 bilion bagi tempoh sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh baharu serta inisiatif penjimatan tenaga di negara anggota AZEC.

Negara AZEC termasuk Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Anwar turut memuji Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida atas inisiatif AZEC.

Sementara itu, Kishda ketika menyampaikan ucapan perasmian di sidang kemuncak itu berkata, Jepun bersedia membantu Asean merealisasikan pelepasan sifar melalui pelbagai usaha.

Penyahkarbonan yang hadir dengan pelbagai cabaran dan inovasi adalah faktor utama untuk Jepun bersedia meneraju usaha itu, katanya.

Beliau berkata, Dasar Asas Transformasi Hijau (GX) Jepun menetapkan pengawalseliaan, pembiayaan dan keutamaan pembangunan teknologi untuk transformasi hijau pelbagai sektor perindustrian, dengan tonggak utama dasar tersebut adalah sokongan untuk peralihan tenaga di Asia.

Kishida berkata, berlandaskan dasar yang dilancarkan pada 2022 itu, lebih 350 projek dilancarkan di negara rakan AZEC dengan kerjasama daripada pelabur Jepun.

Beliau yakin pasaran penyahkarbonan akan menarik modal dari seluruh dunia walaupun penyahkarbonan AZEC membabitkan kos yang tinggi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.