nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1MDB: Malaysia boleh dapatkan pampasan daripada bank antarabangsa

21 DIS : Kerajaan boleh mendapatkan pampasan daripada bank antarabangsa yang tidak menjalankan proses verifikasi KYC (know your customer) dengan betul

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kegagalan itu membawa kepada penyelewengan dana 1MDB yang masuk ke akaun tidak sepatutnya melibatkan tujuh atau lapan bank.

“Jika kita tengok, bergantung jika kita ambil tindakan kepada bank di luar negara ini yang memudah cara pindahan wang dan tidak menggunakan KYC yang betul, mungkin kita boleh mulakan tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak menjalankan KYC dengan betul.

“Jika kita saman mana-mana bank di semua negara yang mempunyai aliran wang ini dan ia mahu lawan, kita lawan dan selalunya saya tengok jumlah yang tidak besar, kita boleh buat pertimbangan, selesaikan di luar mahkamah.

“Bank ini juga tidak suka namanya terbabit (dalam skandal 1MDB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Naratif Khas bertajuk Mengoptimum Hasil Agrikomoditi Negara Bersama Menteri Perladangan dan Komoditi di RTM, malam tadi

Namun katanya setakat ini tiada yang dimuktamadkan susulan kerajaan menumpu sepenuhnya pada kes timbang tara terhadap bank pelaburan Goldman Sachs.

“Kita cuba dapatkan sebanyak mana yang mungkin daripada perjanjian penyelesaian pada 2020. Kita sebenarnya bukan untung dari segi pemulihan tetapi masih rugi,” kata Menteri Perladangan dan Komoditi itu.

Kata Johari lagi, Malaysia akan cuba mendapatkan wang sebanyak yang boleh daripada perjanjian penyelesaian dengan Goldman Sachs.

“Kita sudah sampai satu peringkat pemulihan besar daripada Goldman Sachs. Cuma kita ada pertikaian sikit dari segi syarikat itu mahu membayar AS$1.4 bilion. Ia tidak bayar.

“Walaupun kita sudah bagi lanjutan sebanyak empat kali, ia tidak mahu bayar, jadi kita terpaksa berdepan dengan arbitrasi.

“Arbitrasi ini akan menyebabkan kita perlu pergi ke perbicaraan kes dan lihat keputusannya nanti,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion pada September tahun itu.

Ia juga menjamin pemulangan AS$1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa di seluruh dunia sebagai pertukaran untuk Malaysia bersetuju menggugurkan tuduhan jenayah terhadap firma itu dan tidak membawa tuduhan baharu.

Bank itu juga dikehendaki membuat pembayaran interim sebanyak AS$250 juta jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta aset dan hasil menjelang Ogos 2022, menurut Goldman Sachs.

Pada Oktober, syarikat itu menyaman kerajaan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London berikutan perselisihan faham mengenai terma penyelesaian AS$500 juta.

Goldman Sachs mendakwa ambang AS$500 juta sudah dipenuhi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.