nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agihan pendapatan ASB 5.25 sen seunit tahun ini

21 DIS : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Ia terdiri daripada pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit yang kekal kompetitif serta mengatasi penanda arasnya, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.

Agihan pendapatan itu juga lebih baik berbanding sebelum ini yang membabitkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB konsisten memberikan pulangan yang kompetitif.

“Kami mengiktiraf kepentingan memperjuangkan agenda celik kewangan dan berpandukan matlamat kami yang diperbaharui baru-baru ini, ‘Untuk Mengukuh Kedudukan Kewangan Rakyat Malaysia, Merentas Generasi’, kami komited untuk berkhidmat kepada pemegang unit kami dan memberikan hasil yang kompetitif.

“Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 berbanding 15.2 juta tahun lalu.

“Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui kajian daripada 2023 RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan mereka sebagai pilihan pelaburan paling popular,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.

Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2024.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 25 Disember 2022.

Pemegang unit boleh menjalankan sebarang urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024 atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2024.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.