nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dangkal ilmu mudahkan generasi muda dihasut : PM

21 DIS : Kedangkalan ilmu dalam kalangan generasi muda hari ini memudahkan mereka dihasut pihak-pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan ilmu yang terhad, individu akan menerima apa sahaja pandangan pihak-pihak tertentu seterusnya terperangkap dalam pemikiran jumud itu.

“Ilmu kita sedikit, orang kata kalau tidak buat ini masuk neraka, kita pun tanya betul ke? Kerana ilmu kita terlalu dangkal, mahu menyoal tambah tak berani, jadi akhirnya kita terperangkap dalam pemikiran kolot dan jumud serta menghukum orang lain secara semberono,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Prof Abdul Latiff Abu Bakar.

Katanya, untuk menambah ilmu pengetahuan terutama dalam kalangan mahasiswa dan generasi muda, mereka harus menyemai tabiat membaca buku bagi meningkatkan dan menguasai ilmu termasuk perkembangan ilmu baharu.

“Baliklah dengan pesanan ini, budaya kita budaya Melayu itu sendiri tamadun kita hanya berkembang dengan kekuatan ilmu.

“Mahu maju, mahu jadikan negara ini negara Madani, tingkatkan ilmu, bersaing dengan negara lain, dengan semangat membaca untuk menambah ilmu Malaysia akan berubah wajah sebagai negara hebat,” katanya.

Anwar turut berkata beliau bimbang dengan generasi hari ini apabila mereka mudah terpukau dengan kupasan idea secara ringkas dan tidak lengkap di media sosial.

Katanya, sesuatu idea atau isu seperti ekonomi, dasar-dasar negara, idealisme perjuangan perlu dikupas dengan mendalam yang memerlukan banyak pandangan kompleks untuk dirumuskan mengambil kira konsep Al-Kuliyah.

“Konsep Kuliyah itu iaitu perlu ilmu perlu dikuasai sedalam dan seluasnya, bukan hanya kupasan beberapa minit di dalam media sosial dan dirumuskan dalam satu tazkirah di dalam Tik Tok yang selama seminit dua sahaja,” katanya.

Justeru itu katanya, menjadi cabaran anak-anak muda masa kini untuk menggali lebih banyak ilmu dan pengetahuan bagi merumuskan sesuatu idea bukan menerimanya secara bulat-bulat sahaja.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan generasi terdahulu agar terus dan tidak berhenti membaca mengenai ilmu baharu seiring perkembangan teknologi masa kini termasuk mengenai kecerdasan buatan.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.