nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelajar boleh pakai uniform, pakaian sukan di sekolah

19 JAN : Kementerian Pendidikan (KPN) membenarkan pelajar memakai pakaian sukan pada sesi persekolahan akan datang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemakaian pakaian sukan itu ditetapkan selama dua hari bagi setiap minggu manakala dua hari  seragam sekolah.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya pada Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya, lapor Bernama.

Garis panduan baharu itu diputuskan KPM untuk pemakaian bagi sesi persekolahan 2024/2025 mulai Mac ini.

Kelonggaran pemakaian baju sukan dibuat KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan fenomena cuaca panas bagi mengelakkan komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata keputusan tersebut berdasarkan sesi libat urus yang dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

Beliau berkata surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai pelanjutan kelonggaran pemakaian sukan itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan ke semua sekolah dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban ibu bapa serta memudahkan mereka membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Dalam sidang media selepas itu, Fadhlina berkata pihak sekolah diberikan kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, sukan dan kokurikulum.

“Autonomi diberikan kepada pihak sekolah untuk tentukan hari pemakaian berkenaan,” katanya.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Fadhlina dilaporkan berkata pemakaian baju sukan yang mula diberi kelonggaran pada 3 Mei ketika fenomena cuaca panas, diteruskan walaupun ia semakin berkurangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.