nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bayaran haji B40 RM12,356 tahun ini

19 JAN : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menetapkan kadar bayaran RM12,356 seorang bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat pertama kali, tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi kumpulan M40 pula ialah RM19,152 seorang.

Beliau berkata kenaikan kos itu susulan kos menunaikan rukun Islam kelima bagi seorang bakal haji Muassasah untuk tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

“Kadar ini sudah mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Surat Tawaran dan Bayaran Haji 1445H/2024M di Menara TH, hari ini.

Syed Hamadah berkata bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos untuk menunaikan haji sebanyak RM33,300 seorang.

“TH turut terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci,” katanya sebagai mengulas peningkatan kos haji itu.

Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji, beliau berkata, TH telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan.

“Struktur bayaran haji ini, iaitu jemaah haji golongan B40 dan M40 masing-masing menikmati Bantuan Kewangan Haji hingga 42 peratus dan 60 peratus daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan TH,” katanya.

Menurut beliau sejak 2001, TH membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji tahun ini.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata TH akan mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji 2024 bermula hari ini.

“Bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran berkenaan dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH berdekatan,” katanya.

Beliau berkata daripada 31,600 jemaah yang layak menunaikan haji tahun ini dijangkakan 40 peratus daripadanya ialah kumpulan B40, manakala 58 peratus terdiri dalam kumpulan M40 dan selebihnya ialah kumpulan T20.

Bagi pemilihan bakal haji, beliau berkata TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun lepas dan mereka yang gilirannya adalah pada tahun ini.

“Hal ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu, didahulukan. Rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka bermula 26 Januari ini,” katanya.

Syed Hamadah berkata sekiranya ada penolakan surat tawaran haji dan terdapat kekosongan maka ia akan diisi oleh mereka yang membuat permohonan rayuan serta berkelayakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.