nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kawal bajet negara, kurangkan pinjaman kewangan : Al-Sultan Abdullah

30 JAN : Kerajaan diingatkan agar mengamalkan pengurusan bijak serta mengawal bajet negara yang semakin meningkat dengan mengurangkan pinjaman kewangan sekurang-kurangnya tiga hingga lima peratus setiap tahun.

Pada dasarnya, sehingga kini kerajaan sudah meminjam 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan jumlah itu masih dibenarkan dalam konteks perundangan, tetapi ia perlu dikurangkan dari semasa ke semasa.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal ketirisan dan perbelanjaan besar negara wajar disokong.

Baginda bertitah, antara lain Anwar mahu melaksanakan subsidi bersasar dan langkah dianggap drastik ini diakui menimbulkan keresahan rakyat.

“Kerajaan perlu ada pelan jangka panjang bagi tempoh lima, 10 tahun dan seterusnya. Kita tahu banyak rancangan dibuat dan ada dasar yang tidak popular diambil tetapi kerajaan terpaksa buat keputusan itu demi kebaikan negara pada masa depan.

“Negara perlu kurangkan perbelanjaan yang meningkat saban tahun, paling penting usaha itu perlu disusuli dengan penerangan supaya rakyat faham.

“Contohnya apabila kerajaan mahu laksanakan subsidi bersasar, saya memahami perasaan rakyat di bawah. Sebenarnya ia bukan ambil hak golongan B40, sebaliknya lebih kepada kumpulan di atas (berpendapatan tinggi).

“Ini semua adalah pembaharuan yang cuba diperkenalkan kerajaan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan, kita harus bagi masa untuk menilai kebaikan dan keburukannya,” titah baginda, lapor BH 

Mengulas perbelanjaan besar dikeluarkan kerajaan bagi memerangi Covid-19 ketika pemerintahan awal baginda, Al-Sultan Abdullah bertitah pandemik turut memberi tekanan kepadanya kerana ramai terkorban akibat penyakit itu.

Titah baginda, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, baginda dimaklumkan kerajaan menghadapi kekangan kewangan dan tidak boleh berbelanja besar, malah beberapa projek besar dibatalkan.

“Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pemerintahan, lain pula ceritanya kerana kerajaan ada duit untuk berbelanja dan pada masa sama, saya lihat serta rakyat juga mengetahui di Parlimen, bajet kita meningkat saban tahun termasuk untuk pengurusan Covid-19.

“Bajet terus meningkat lagi ketika pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan keadaan ini menggambarkan seolah-olah fiskal polisi kerajaan adalah baik.

“Sebenarnya memang ada kenaikan GDP di Malaysia tetapi tidak tinggi berbanding negara jiran,” titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.