nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahun Baru Cina: 11 barang disenarai bawah skim harga maksimum

2 FEB : Sebanyak 11 barangan disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)Tahun Baru Cina 2024 yang berkuat kuasa 6 Februari hingga 14 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan skim itu adalah selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan dan empat hari lagi selepas hari perayaan.

“Kita akan membuat pemantauan di lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli belah selain berharap bantuan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk memastikan rakyat dapat mengetahui bahawa itulah barang yang ditetapkan harga maksimum iaitu barang yang dijual tidak melebihi harga yang ditetapkan KPDN melalui skim tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelaksanaan skim harga maksimum sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Hwa di Papar, hari ini.

Pada masa sama, seramai 2,200 penguat kuasa kementerian di seluruh negara dikerahkan untuk pemantauan sementara 900 lagi pegawai pemantau harga turut melakukan pemeriksaan harga sempena pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan tersebut.

Armizan berkata, selain penetapan skim harga maksimum itu, kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

“Melalui perbincangan kita dengan KPKM, kita juga mendapat maklum balas bahawa bekalan barang keperluan rakyat yang khususnya mendapat permintaan tinggi sepanjang tempoh perayaan ini adalah mencukupi termasuk minyak dan gula.

“Bagaimanapun, pihak kita akan terus bekerjasama dengan KPKM untuk memastikan bekalan mencukupi. Malah kementerian tersebut juga telah membuat perancangan awal bagi setiap musim perayaan untuk memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

11 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan skim itu adalah udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak), kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.